Skip to main content

The Struggle...

Part Two


Hai guys,,,, I'm back..... 😎

So hari tu aku dah intro sikit pasal anak aku kan. Boleh klik sini kalau ada yang tak baca lagi.

Okay, so lepas aku kahwin dengan Papa baru Rizqi,our life getting better and better (even ada makcik penyondol yang sengal meroyan ntah apa-apa). Biasa la, dia meroyan sebab dia penyondol, aku takkk 😆😆😆😆😆😆😆

Time by time day by day aku perasan anak aku ni lambat bercakap.
Kalau dia nak sesuatu, dia just sebut "nak" lepas tu dia tunjuk kat barang apa dia nak. Stress tau kadang..

Sampai la dia umur 3 tahun aku bagitau nurse klinik kesihatan yang menjaga anak aku ni. Setiap kali aku bagitau yang aku syak anak aku ni speech delay setiap kali tu la nurse cakap  kat aku ::

..... "ibu jangan risau, anak ni okay je.. biasa laa tu..anak 1st..takde adik..lagipun belum sekolah lagi....".....

Eeehhh takkk sekarang ni mesti la aku risau sebab perkembangan anak aku tak sama macam dalam buku biru tu. Bila aku asyik suarakan kerisauan aku, nurse tu cakap aku paranoid sebab terbawa-bawa attitude kerja in real life.

Salah ekk aku concern pasal anak sendiri??
Anak aku ni tau..Aku tahu lahhh..

Ehhhh barannnn pulakk rasaaa...

Long short story, rezeki Rizqi dapat masuk Permata Anak Genius tahun ni.. Sekarang dia dah umur 4 tahun. Hopefully okay laaa..
Tempat ni bagus tau. Tapi terhad la tempat ni. Aku isi borang permohonan ke tempat ni pun last minute tau. Memang rezeki anak aku sungguh. Aku tahu kewujudan tempat ni dari pencarian sendiri tau.. I search it by my own. Punya la struggle sebab risau. Tahun depan dah 5 tahun. Another 2 years tau nak masuk 7 tahun anak aku ni.. Mau aku tak risau...

Disebabkan nurse cakap aku ni paranoid dengan perkembangan anak aku, so aku terima dengan hati terbuka tapi dalam waktu yang sama aku terus observe anak aku. Sebab instinct mak makk ni cakap anak aku tak normal. he need help...

.................................................................





Hai readers mommy semua.. This is me, my 1st day in school..
I tak nangis pun tau.
kat sini I belajar banyak benda baru.
I belajar mandi sendiri, bersihkan diri sendiri.
Makan sendiri.
Kat sini I belajar berdikari.
Semua I buat sendiri tau.
Tapi I tak tahu nak bercakap lagi.
I suka belajar sini.
Kenapa ya I tak boleh bercakap lagi??
Mommy I cakap banyak. Tapi I tak boleh nak bercakap lagi.

Masa pendaftaran hari tu aku informed pendidik kat sini yang anak aku still on diapers. Tak boleh bercakap lagi. Profesional betul pendidik kat sini. Dierang tak note dan pantau perkembangan Rizqi dari semasa ke semasa.

Now dah dua bulan anak aku sekolah kat sini. Ada a few perubahan positif yang aku nampak. Tapi tu laaa,, still tak boleh bercakap lagi..

Hmm.. Bersambung......Part Three