DISLEKSIA
Pernah dengar tak perkataan tu? Kalau pernah dengar, korang tau tak apa maksudnya? Korang ambik tahu tak pasal disleksia tu?
Mesti tak pernah ambik tahu kan.. Nak baca pasal benda ni apatah lagi, sebab korang tak alami situasi macam tu kan..
Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku. Berlaku kat anak korang, ataupun berlaku kat diri korang sendiri tanpa korang sedar. Berlaku kat sesiapa sahaja tanpa sedar atau sedar.
Disleksia ni kalau zaman dulu-dulu orang panggil budak tu lembab, bodoh, slow, pemalas.
Hakikatnya anak tu ada kelebihannya tersendiri. IQ nya lagi tinggi dari kanak-kanak yang lain.
Yang bezanya anak yang didapati ada masalah disleksia ni dia punya talent takder sape yang sedar.
Yang orang nampak anak tu bodoh, slow, lembab, tak cerdik. Sedih kan.. Disebabkan kebodohan sendiri yang cetek ilmu pasal ni maka kita kata kat anak-anak macam ni bodoh. Jadi, siapa yang bodoh sebenarnya 😅😅😅😅
Dan yes !! Itulah yang berlaku kat anak aku. Ya !! Anak aku, Rizqi Zulkifli.
Jemput baca dengan tabah karangan panjang aku :
MY DYSLEXIC BOY JOURNEY
💭 Arjuna Mommy (Part 1)
💭 The Struggle (Part 2)
💭 Stress (Part 3)
