Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2020

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DAY 10 - DAY 13

27/03/2020-30/03/2020 😭😭😭😭😭 Ini yang korang nak sangat kan??? PKP dah dilanjutkan sehingga 14 APRIL 2020 ,... Ini bukti jelas nahawa wabak covid-19 ni masih belum berjaya dibendung sepenuhnya.. Sebab apa?? Sebab tak ada kerjasama dari rakyat.. Hanya segelintir yang patuh arahan.. Selebihnya buat kepala sendiri.. Degil !! Tak patuh arahan !!!....

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DAY 3 - DAY 9

20/03/2020-26/03/2020 Sedar tak sedar dah 9 hari kita dalam Perintah Kawalan Pergerakan. Dah 9 hari jugak Perintah Kawalan Pergerakan ni bergerak.. Tapi peningkatan kes tetap berlaku.. Kenapa tetap ada kes yang meningkat walaupun kerajaan dah arahkan perintah ni? Adakah disebabkan kedegilan rakyat Malaysia ni sendiri? Aku malas nak cakap banyak. Memang ini yang korang nak kan??? Dari 17/03/2020 sehingga sekarang 26/03/2020 kita dah ada 21 kematian berkait dengan  COVID-19... Korang sedar tak yang keadaan ni semakin teruk? Memang ada ramai yang dah sihat dan dibenarkan pulang setelah negative COVID-19, tapi peningkatan kes pun tetap berlaku...Kematian tetap ada. Aku letak kat bawah ni beberapa info tentang situasi COVID-19 sejak dari awal arahan PKP ni keluar.. 👉 Korang nak ada berapa kematian baru nak insaf ni?? 👈 PLEASE,,.. STAY AT HOME...

GANTI BAJU !!!

20/03/2020 Hari ni suami keluar hantar anak-anak balik Chini. Pulang ke pangkuan Mama dieorang. PDRM dah keluarkan amaran. Kesalahan kali pertama kena tangkap dan penjara 6 bulan serta denda.. polis dah beri amaran keluar jika perlu. Aku call balai malam tadi nak confirm dengan pegawai boleh tak nak keluar daerah nak hantar anak-anak ... Dieorang tinggal kat Chini. Pegawai tu cakap  ''PATUHI ARAHAN PUAN..SEMUA ORANG GUNA ALASAN NI..'' Aku cakap lagi ni anak-anak suami dengan bekas isteri,.. Bekas isteri mintak kiteorang hantar anak-anak balik kat dia.. Lepas tu pegawai tu tanya balik, " bekas isteri buat report polis ke puan & suami ambik anak-anak..??" Aku cakap, " ehh.. tak laa.. takder buat apa-apa report pun.." Pegawai tu jawab lagi.." Kalau mcam tu patuh arahan melainkan kalau pihak sana buat report keatas puan.." 😔😔😔😔 Macam tu pulak dah... Dah takkan la aku nak suruh bekas isteri suami aku t...

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DAY 2

19/03/2020 Pagi ni balik kerja malam jalan raya lenggang. Kalau tak masa ni kat Bulatan Pahang tu sibuk tau.. Bawak kereta pun macam siput sedut.. Tapi sejak keluar arahan PKP ni jalan raya lenggang. Macam bandar zombie..😅😅😅 Hari ni baru aku ada banyak masa nak hadap HP baca berita tentang perkembangan covid-19 ni. Aku log in Facebook banyak posting pasal makan dan menu-menu masakan. Dieorang ni buat pertandingan memasak ke apa.. Kepelbagaian menu melintas kat wall Facebook aku. Tapi okay la, sekurangnya dierang duk rumah asah bakat memasak.. Aku yang kena kerja macam biasa ni takder beza pun masak ke tak... 😅😅😅 Bila sampai part baca pasal covid-19, hati aku rasa sedih..Sayu.. Sebak.. Kita dah ada 2 kematian sejak 17/03/2020.. Untuk pengetahuan, kematian pertama melibatkan pesakit kes yang ke-178, seorang lelaki warganegara berumur 34 tahun dan mempunyai sejarah menghadiri perhimpunan tabligh di Sri Petaling. Arwah mengalami gejala pada 05/03/2020 dan telah...

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DAY 1

18/03/2020 Hari ni kerja malam.. Anak-anak pun belum bangun lagi. Aku masih lagi duk pikir macam mana la nak hantar anak-anak ni balik Chini. Mama dieorang dah risau.   Dieorang ni aku dan suami pergi ambik kat Chini. Sebelum keluar arahan ni lagi. Sepanjang cuti sekolah dieorang kat KL dengan kiteorang. Lagipun bukan senang suami aku nak jumpa anak-anak dia. Dah ada waktu terluang cuti sekolah terus decide pergi ambik datang bercuti kat KL.. Bila dah jadi macam ni serba salah pulak aku. Aku faham je situasi Mama dieorang sekarang. Dalam keadaan macam ni mestilah dia nak tengok anak-anak depan mata.. Apa-apa jadi anak-anak ada depan mata. Hati mak ni kan rapuh. Aku bincang dengan suami. Polis dah keluarkan arahan.. Suami aki decide untuk hantar sorang anak-anak dia balik Chini. Aku pesan kat anak-anak jangan keluar dari kereta kalau Papa stop nak tidur ke apa. Jangan sentuh apa-apa kalau terpaksa keluar pergi tandas kat R&R atau stesen minyak. Cuci...

Kena Kurung

Baru hari pertama Perintah Kawalan Pegerakan (PKP).. Tak ada apa yang best berlaku hari ni. Masing-masing berkurung dalam rumah... Selalu siang hari macam ni bunyi jugak la suara budak-budak duk main. Ini sunyi sepi kawasan flat blok aku tinggal ni. Seram pulak rasa... Aku je la yang tak boleh berkurung ni.. Aku je la yang tak boleh follow arahan kawalan pergerakan ni.. Kena kerja macam biasa.. Kerja malam pulak tu aku hari ni pada hari pertama Perintah Pergerakan Kawalan. Bukak Facebook penuh orang post pasal menu masakan.. Baru hari pertama ni.. Ada balance 13 hari lagi.. Jenuh la nak masak kepelbagaian  menu...😅😅😅 Malam tadi aku ajak suami pergi NSK Selayang... NSK tu 24 jam.. Kat Facebook dah kecoh dah pasal panic buy ni sebab PKP.. Pakat duk beli barang keperluan sampai penuh trolley macam la Malaysia ni dah LOCKDOWN.. Nampak sangat rakyat tak faham PKP tu macam mana.. Malam tadi jugak penuh balai polis hampir seluruh negeri sebab semua...

ARAHAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (COVID-19)

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN  18/03/2020-31/03/2020 Ramai yang takut dan panik selepas mendengar Perdana Menteri kita, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengisytiharkan Malaysia akan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa 18 hingga 31 Mac. Perintah ni melibatkan seluruh negeri di Malaysia. Tujuannya adalah nak membendung dan mengekang dari wabak COVID-19 terus menular. Rakyat perlu sedia maklum dan faham bahawa perintah ini adalah Perintah Kawalan Pergerakan sahaja. Bukannya LOCKDOWN.   So, jangan la panic.. Patuhi arahan mcam biasa.. Untuk kebaikan kita bersama jugak. Jangan disebabkan kedegilan kita, wabak ni makin melarat.. Perlu faham kenapa kerajaan terpaksa keluarkan arahan PKP ni. Ianya tak de kaitan langsung dengan politik. Jangan la otak sempit sangat. Semua benda nak dipolitikkan.  Wabak covid-19 perlu dibendung dan ditangani dengan segera. Kerajaan tidak dapat membantu kita sepenuhnya dalam menangani wabak ni selain diri kit...

Nasi Kerabu Abam

Assalamualaikum.. Hi semua .. Kali ni aku nak share resepi Nasi Kerabu pulak. Sebenarnya ini resepi dari kawan aku, Mahirah... Aku panggil dia Abam sebab dia ala-ala abam sado gitu... Walaupun dia nampak tomboy tapi bab masak ni kalah aku yang mak anak ramai ni... Nasi Kerabu ni nasi kerabu yang ada sambal tumis tau... Untuk Sambal Tumis  1)  Bawang Holand selabu ( blend hancur) 2)  Bawang Merah 5-6 ulas ( blend hancur 3)  Serai 1-2 batang  4)  Santan  5)  Asam Keping  6)  Cili Giling /  Cili Kering yang dah direbus dan blend hancur   Untuk Sambal tumis ni bahan 1,2 blend hancur.. Tumis sampai garing... Lepas tu masukkan cili giling ( kalau tak nak guna cili giling boleh guna cili kering)... Kepedasan ikut citarasa masing-masing... Tumis bawang dengan cili sampai pecah minyak...Lepas tu masukkan santan... Tunggu sampai pecah minyak lagi... Then , masukkan batang serai yang dah diketuk, a...