Skip to main content

Nasi Kerabu Abam

Assalamualaikum..
Hi semua ..

Kali ni aku nak share resepi Nasi Kerabu pulak.
Sebenarnya ini resepi dari kawan aku, Mahirah...
Aku panggil dia Abam sebab dia ala-ala abam sado gitu...
Walaupun dia nampak tomboy tapi bab masak ni kalah aku yang mak anak ramai ni...

Nasi Kerabu ni nasi kerabu yang ada sambal tumis tau...

Untuk Sambal Tumis 
1)  Bawang Holand selabu ( blend hancur)
2)  Bawang Merah 5-6 ulas ( blend hancur
3)  Serai 1-2 batang 
4)  Santan 
5)  Asam Keping 
6)  Cili Giling /  Cili Kering yang dah direbus dan blend hancur  

Untuk Sambal tumis ni bahan 1,2 blend hancur.. Tumis sampai garing... Lepas tu masukkan cili giling ( kalau tak nak guna cili giling boleh guna cili kering)... Kepedasan ikut citarasa masing-masing... Tumis bawang dengan cili sampai pecah minyak...Lepas tu masukkan santan... Tunggu sampai pecah minyak lagi... Then, masukkan batang serai yang dah diketuk, asam keping, garam, gula... Kacau sebati... tunggu menggelegak 2-3 kali.... Agak-agak nampak macam dah pecah minyak tu boleh la tutup api... Sambal tumis ni kalau nak sedap kena tunggu ianya masak sampai pecah minyak... Untuk santan tu Abam guna santan kotak cap Kara.. Dia kata brand tu yang sedap.. 

Untuk Sambal Kelapa
1)  Bawang Holand selabu ( blend hancur)
2)  Kelapa Muda yang dah disagat
3)  Ikan Pelaling / Ikan Sardin 3-4 ekor ( rebus dengan asam keping lepas tu asingkan isi dengan tulang.. Racik-racik isi ikan separa hancur..)

Untuk yang Sambal Kelapa ni pulak, tumis dulu Bawang Holand yang dah di blend hancur lumat tu... Tumis sampai nampak kuning-kuning garing sikit lepas tu masukkan isi ikan yang diracik-racik tu... Gaul dalam kuali sampai sebati... Dalam waktu yang sama salai kelapa muda parut tu dalam kuali lain.. Salai tanpa minyak.. Salai sampai kelapa tu nampak garing..Lepas tu bila kelapa tu dah garing, masukkan ke dalam kuali yang tumis bawang ngan ikan tu... Goreng la sebati benda alah tu semua sampai nampak betul-betul garing... Dah garing angkat leeeee letak dalam pinggan atau mangkuk...

Untuk Ayam Goreng Berempah
1)   Bawang Holand selabu
2)  Ayam Seekor saiz sederhana
3)  Jintan Putih
4)  Serbuk Kari Ayam/Daging
5)  Serbuk Kurma Ayam

Bab ayam berempah ni pulak, kalau korang guna ayam dua ekor saiz sederhana Serbuk Kari Ayam/Daging tu guna satu packet kecik tu... Yang Serbuk Kurma Ayam guna separuh dari satu paket kecil tu.. Both serbuk tu Abam guna Cap Adabi...Sebab kat rumah aku ada yang Cap Adabi je... Gaul ayam dengan Bawang Holand yang dah blend tadi tu.. Gaul sekali dengan serbuk kari ngan kurma tu... Jangan lupa letak Jintan Manis... Banyak mana kena letak tu ikut citarasa korang... Kalau nak rasa ayam tu berempah lebih sikit letak la lebih Jintan Putih tu... Nak lagi power, letak daun kari... Kalau aku, tak letak sebab tak suka daun kari... Dah gaul sebati semua bahan kat ayam tu last sekali perap la... Nak sedap perap la semalaman.. tapi kalau perap sejam dua pun dah okay dah...
Dah rasa cukup lama perap tu, panaskan kuali dan goreng...
Setengah orang letak madu nak bagi lagi sedap.. Tapi kalau aku tak letak pun sebab nanti ayam cepat hangis rentung 😅😅.. Abam pun tak letak sebab kat rumah aku takder madu 🤣🤣

 Untuk Nasi Kerabu 
1)  Bunga Telang (Kalau takder boleh guna pewarna makanan yang warna biru tu..)
2)  Beras ( Untuk tanak nasi... Takder beras takde la nasi kerabu..)
3)  Daun pandan
4)  Daun Limau Purut

Untuk nasi pulak korang boleh guna beras apa yang korang nak... Terserah... Aku guna beras cap KK je... Nak nasi tu cantik dan natural je warnanya, korang guna la bunga telang... Takder bunga telang guna je pewarna makanan warna biru... Tuang satu sudi kecil pun dah okay.. Sebelum switch on periuk nasi tu jangan lupa masukkan daun limau purut 2-3 helai dengan daun pandan.. Nak bagi nasi tu beraroma sikit...


Untuk ulam, terserah korang nak guna ulam apa...
Macam aku, aku lebih suka guna ulam taugeh, timun jepun, kacang panjang, kacang botol, kubis...
Bunga Kantan tu ikut mood.. Rasa nak letak aku letak... 😅😅😅
Macam dalam resepi ni Abam letak bunga kantan...


Inilah hasilnya Nasi Kerabu Abam... Kenapa Nasi Kerabu Abam?? 
Sebab resepi ni resepi dia...
Kalau aku buat aku olah sikit jadi Nasi Kerabu Berterabur sebab aku tak follow pun resepi ni 100%..
Sebab bila aku dah pegang senduk aku akan masak ikut suka hati aku dan cara aku...


Okay, setakat ni saja perkongsian aku...
Jumpa lagi di next entry..

Bye 👋 👋 


Popular posts from this blog

Dah Lama Mati

Assalamualaikum.... Here I come again... Try to stay calm and follow the flow. Sebelum ni dah terbiasa hidup sendiri walaupun ada suami.  Ini kan pulak bila dia dah meninggal lagi la aku rasa okay je hidup sendiri.  Rezeki tu Allah yang bagi. Setakat nak cari duit sendiri tu, Inshaa Allah boleh je. Masa dia hidup pun mana ada dia bagi duit kat aku. Kad bank gaji aku pun dia pegang, duit dia “bagi” tu duit aku la jugak. 😁😁😁😁😁 Banyak benda nak story kat sini, tapi takpe laa.. Biar la semua story tu aku private kan aje.. Bagi anak aku baca je nanti bila dia dah besar. Hopefully Google tak padam Blog ni. Sebab kadang Blog ni dah jadi online diary aku... Cuma mana story yang patut private aku letak private. Time heal everything even it will leave a deep scar inside  😢

DYSLEXIA IS NOT AUTISM

Assalamualaikum dan hai semua.. So today aku nak share dengan korang macam mana aku treat anak aku. 1st korang kena tahu DISLEKSIA NI BUKAN AUTISM . Disleksia dan Autism ni 2 masalah yang berbeza.. Two different type of disorders. Kena faham yang ni dulu. Disleksia ni LEARNING DISORDER . Autism ni pulak DEVELOPMENTAL DISORDER (melibatkan fungsi otak).. Ehhh jap.. Habis tu Disleksia takde kaitan dengan fungsi otak ke? Ada...Mesti la ada cuma Autism ni ada gangguan fungsi neuron otak seumur hidup, while Dyslexia boleh diatasi masalahnya tu dengan  terapi bersesuaian. At first, aku detect anak aku speech delay pada umur dia 2 tahun. Masa tu tahun 2017. Masa tu aku kerja kat Kuantan. During checkup every month tu aku ada bagitahu nurse kat kk ( klinik kesihatan ) yang anak aku lambat bercakap. Hanya 2-3 patah perkataan sahaja. Dan nurse tu cakap maybe itu normal sebab anak aku takder kawan 😑😑😑😑.  Anak sulong kebanyakannya memang macam ni. Tapi bila masuk taska ke day ...

The Struggle...

Part Two Hai guys ,,,, I'm back.....  😎 So hari tu aku dah intro sikit pasal anak aku kan. Boleh klik sini  kalau  ada yang tak baca lagi. Okay , so lepas aku kahwin dengan Papa baru Rizqi, our life getting better and better ( even ada makcik penyondol yang sengal meroyan ntah apa-apa). Biasa la, dia meroyan sebab dia penyondol, aku takkk 😆😆😆😆😆😆😆 Time by time day by day aku perasan anak aku ni lambat bercakap. Kalau dia nak sesuatu, dia just sebut "nak" lepas tu dia tunjuk kat barang apa dia nak. Stress tau kadang.. Sampai la dia umur 3 tahun aku bagitau nurse klinik kesihatan yang menjaga anak aku ni. Setiap kali aku bagitau yang aku syak anak aku ni  speech delay setiap kali tu la nurse cakap  kat aku   :: ..... "ibu jangan risau, anak ni okay je.. biasa laa tu..anak 1st..takde adik..lagipun belum sekolah lagi...." ..... Eeehhh takkk sekarang ni mesti la aku risau sebab perkembangan anak aku tak sama macam dalam buku biru tu. Bila aku ...