Skip to main content

Kena Kurung



Baru hari pertama Perintah Kawalan Pegerakan (PKP)..
Tak ada apa yang best berlaku hari ni.
Masing-masing berkurung dalam rumah...
Selalu siang hari macam ni bunyi jugak la suara budak-budak duk main.
Ini sunyi sepi kawasan flat blok aku tinggal ni.
Seram pulak rasa...

Aku je la yang tak boleh berkurung ni..
Aku je la yang tak boleh follow arahan kawalan pergerakan ni..

Kena kerja macam biasa..
Kerja malam pulak tu aku hari ni pada hari pertama Perintah Pergerakan Kawalan.
Bukak Facebook penuh orang post pasal menu masakan..
Baru hari pertama ni.. Ada balance 13 hari lagi..
Jenuh la nak masak kepelbagaian  menu...😅😅😅


Malam tadi aku ajak suami pergi NSK Selayang... NSK tu 24 jam.. Kat Facebook dah kecoh dah pasal panic buy ni sebab PKP.. Pakat duk beli barang keperluan sampai penuh trolley macam la Malaysia ni dah LOCKDOWN.. Nampak sangat rakyat tak faham PKP tu macam mana..
Malam tadi jugak penuh balai polis hampir seluruh negeri sebab semua panik nak isi borang Merentas Negeri...
Aku pun lepas balik kerja shiff petang semalam terus ke balai sebelum pergi NSK.. Masa aku pergi tu takder orang pun lagi...
Bila aku dah balik dari NSK tengok Facebook, Ketua Polis Negara dah tarik balik larangan merentas negeri tu.. So, nak pergi merentas negeri tak payah isi apa-apa borang,...


Semoga Allah permudahkan urusan kita semua..



Popular posts from this blog

Dah Lama Mati

Assalamualaikum. Here I come again... Try to calm and follow the flow. Aku ni dah terbiasa hidup sendiri walaupun ada suami.  Ini kan pulak bila dia dah meninggal lagi la aku rasa okay je hidup sendiri.  Rezeki tu Allah yang bagi. Setakat nak cari duit sendiri tu, Inshaa Allah boleh je. Masa dia hidup pun mana ada dia bagi duit kat aku. Kad bank gaji aku pun dia pegang, duit dia “bagi” tu duit aku la jugak. 😁😁😁😁😁 So hari ni nak cerita insiden yang berlaku masa tahlil arwah hari tu. It’s not a big deal actually. Benda ni pun agak kelakar la bagi aku..Tapi deep weii.. Sumpah deep..  Kalau korang kat tempat aku, apa yang korang buat ek?? Kisahnya macam ni tau, kan ramai yang datang ziarah. Ada yang aku kenal dan ada yang aku tak kenal. Then ada la yang hulur duit ziarah. Kebanyakannya hulur duit ziarah kat mak arwah suami aku la.  Sebab orang kampung lebih kenal mak dari aku. Aku okay je bab ni... Okay, ni part kelakar...

DYSLEXIA IS NOT AUTISM

Assalamualaikum dan hai semua.. So today aku nak share dengan korang macam mana aku treat anak aku. 1st korang kena tahu DISLEKSIA NI BUKAN AUTISM . Disleksia dan Autism ni 2 masalah yang berbeza.. Two different type of disorders. Kena faham yang ni dulu. Disleksia ni LEARNING DISORDER . Autism ni pulak DEVELOPMENTAL DISORDER (melibatkan fungsi otak).. Ehhh jap.. Habis tu Disleksia takde kaitan dengan fungsi otak ke? Ada...Mesti la ada cuma Autism ni ada gangguan fungsi neuron otak seumur hidup, while Dyslexia boleh diatasi masalahnya tu dengan  terapi bersesuaian. At first, aku detect anak aku speech delay pada umur dia 2 tahun. Masa tu tahun 2017. Masa tu aku kerja kat Kuantan. During checkup every month tu aku ada bagitahu nurse kat kk ( klinik kesihatan ) yang anak aku lambat bercakap. Hanya 2-3 patah perkataan sahaja. Dan nurse tu cakap maybe itu normal sebab anak aku takder kawan 😑😑😑😑.  Anak sulong kebanyakannya memang macam ni. Tapi bila masuk taska ke day ...

TRAGEDI DISEMBER . . . .

Assalamualaikum.. Dah masuk Februari, baru nak update blog... Sebulan sekali ke apa blog aku ni hidup.. Seperti yang aku janjikan pada entry aku yang lepas , aku janji yang aku nak cerita kenapa anak aku Raihan Batrisya kena ambik swab test Covid-19.  Kisahnya macam ni tau.. Pada Ahad, 19/12/20 aku ajak suami ke Meru untuk ziarah mentua aku sebab 24/12/20 aku, suami dan anak-anak aku ni nak balik kampung dengan ✈. Jadi aku ajak suami pergi ziarah mak sebab aku nak balik Kelantan. Masa ni dah boleh merentas negeri  tanpa syarat. Sebab tu aku ambik peluang nak balik tengok mak ayah aku. Dah lama tak jumpa Umi Baba aku. Jadi pada tarikh tu kiteorang pergi la jumpa mak.. Kiteorang memang sejak dari awal kahwin kalau nak travel mana-mana kiteorang akan jumpa mak.. Bagitau dia.. Sebab mak dah berusia, kita sendiri yang masih muda orang kata..  Tak tau bila masa kita anak sampai... Masa ni aku minta SyurgaCinta aku ambik gambar kenangan aku dengan mak, cucu-cucu.. Lama kiteorang...