Skip to main content

Dah Lama Mati

Assalamualaikum.

Here I come again... Try to calm and follow the flow.
Aku ni dah terbiasa hidup sendiri walaupun ada suami. 
Ini kan pulak bila dia dah meninggal lagi la aku rasa okay je hidup sendiri. 
Rezeki tu Allah yang bagi.
Setakat nak cari duit sendiri tu, Inshaa Allah boleh je.
Masa dia hidup pun mana ada dia bagi duit kat aku.
Kad bank gaji aku pun dia pegang, duit dia “bagi” tu duit aku la jugak.
😁😁😁😁😁

So hari ni nak cerita insiden yang berlaku masa tahlil arwah hari tu. It’s not a big deal actually. Benda ni pun agak kelakar la bagi aku..Tapi deep weii.. Sumpah deep.. 
Kalau korang kat tempat aku, apa yang korang buat ek??

Kisahnya macam ni tau, kan ramai yang datang ziarah.
Ada yang aku kenal dan ada yang aku tak kenal.
Then ada la yang hulur duit ziarah.
Kebanyakannya hulur duit ziarah kat mak arwah suami aku la. 
Sebab orang kampung lebih kenal mak dari aku.
Aku okay je bab ni...

Okay, ni part kelakar...


Mak mentua panggil aku, nak cakap sesuatu katanya.
Masa ni orang tengah ramai kat luar. Majlis tahlil kan.
Aku lepak buat hal aku kat dapur, sambil layan baby aku.
Anak aku baru umur 7 bulan.
So mak datang kat aku bagitau pasal duit ziarah arwah ni.
At 1st mak cakap nak bagi kat anak-anak arwah yang lain tu je, memandangkan aku ni kerja.

(Arwah ada anak perempuan dengan bekas isteri)

Aku macam...Aiikkkk...Macam tu ehhhh..
Aku jawab kat mak, anak aku ni pun anak arwah, Bin arwah bukan Bin Abdullah ke apa.
Harta pusaka pun layak dapat sebab anak ni anak lelaki.

Mak mentua aku ni pun mulut not bad 😂😂😂😂😂
Dia pun cakap "haaa. tak apa lah kalau kamu dah cakap macam tu..Kan Rizqi kan, mama kamu dah kerja pun nak jugak duit tu ya.."
Ehhh,, aku jawab balik "ni anak arwah, mestilah nak..untuk belanja anak saya..anak mak tu asyik makan duit saya je,,"
Then, mak pun bangun blah dari situ.

Malam esoknya aku datang lagi ke rumah mentua dengan mak ayah aku. Masa tu adik perempuan sulong arwah suami aku nak bagi duit ziarah tu samarata, sebab arwah ada anak perempuan yang lain jugak kan.
So aku okay je laaaa asalkan anak aku pun dapat.
Dalam duk nak bagi tu dia sebut lagi aku ni dah kerja tapi berkehendak jugak duit ni..
Aku macam blur sekejap. Apa masalah dieorang ni ya. 

Tapi  aku husnuzon dierang tak tahu arwah suami aku ni biawak hidup sepanjang jadi suami aku.
Pergi buat kerja kat bengkel tu sekadar buat hilang boring je.
Semua pakai duit aku.
Adik bongsu dia kahwin dulu pun pakai duit aku jugak sikit, arwah mintak dengan aku.
Entah ya entah tidak arwah bagi kat adik dia tak tahulah sebab lepas dia meninggal ni banyak benda kantoi ni...

Disebabkan insiden tu aku pun carilah apa hukum guna duit ziarah kematian.
Dan aku jumpa penjelasan yang pendek tapi padat kat sini.
So tak salah laaa aku mintak bahagian anak aku jugak.
Ingat aku kerja kat KL ni hidup free ke???
Nak bayar pengasuh lagi, minyak kereta, pampers, tol, sewa rumah.


Popular posts from this blog

DYSLEXIA IS NOT AUTISM

Assalamualaikum dan hai semua.. So today aku nak share dengan korang macam mana aku treat anak aku. 1st korang kena tahu DISLEKSIA NI BUKAN AUTISM . Disleksia dan Autism ni 2 masalah yang berbeza.. Two different type of disorders. Kena faham yang ni dulu. Disleksia ni LEARNING DISORDER . Autism ni pulak DEVELOPMENTAL DISORDER (melibatkan fungsi otak).. Ehhh jap.. Habis tu Disleksia takde kaitan dengan fungsi otak ke? Ada...Mesti la ada cuma Autism ni ada gangguan fungsi neuron otak seumur hidup, while Dyslexia boleh diatasi masalahnya tu dengan  terapi bersesuaian. At first, aku detect anak aku speech delay pada umur dia 2 tahun. Masa tu tahun 2017. Masa tu aku kerja kat Kuantan. During checkup every month tu aku ada bagitahu nurse kat kk ( klinik kesihatan ) yang anak aku lambat bercakap. Hanya 2-3 patah perkataan sahaja. Dan nurse tu cakap maybe itu normal sebab anak aku takder kawan 😑😑😑😑.  Anak sulong kebanyakannya memang macam ni. Tapi bila masuk taska ke day ...

TRAGEDI DISEMBER . . . .

Assalamualaikum.. Dah masuk Februari, baru nak update blog... Sebulan sekali ke apa blog aku ni hidup.. Seperti yang aku janjikan pada entry aku yang lepas , aku janji yang aku nak cerita kenapa anak aku Raihan Batrisya kena ambik swab test Covid-19.  Kisahnya macam ni tau.. Pada Ahad, 19/12/20 aku ajak suami ke Meru untuk ziarah mentua aku sebab 24/12/20 aku, suami dan anak-anak aku ni nak balik kampung dengan ✈. Jadi aku ajak suami pergi ziarah mak sebab aku nak balik Kelantan. Masa ni dah boleh merentas negeri  tanpa syarat. Sebab tu aku ambik peluang nak balik tengok mak ayah aku. Dah lama tak jumpa Umi Baba aku. Jadi pada tarikh tu kiteorang pergi la jumpa mak.. Kiteorang memang sejak dari awal kahwin kalau nak travel mana-mana kiteorang akan jumpa mak.. Bagitau dia.. Sebab mak dah berusia, kita sendiri yang masih muda orang kata..  Tak tau bila masa kita anak sampai... Masa ni aku minta SyurgaCinta aku ambik gambar kenangan aku dengan mak, cucu-cucu.. Lama kiteorang...