Skip to main content

TRAGEDI DISEMBER . . . .

Assalamualaikum..
Dah masuk Februari, baru nak update blog...

Sebulan sekali ke apa blog aku ni hidup..

Seperti yang aku janjikan pada entry aku yang lepas, aku janji yang aku nak cerita kenapa anak aku Raihan Batrisya kena ambik swab test Covid-19. 

Kisahnya macam ni tau.. Pada Ahad, 19/12/20 aku ajak suami ke Meru untuk ziarah mentua aku sebab 24/12/20 aku, suami dan anak-anak aku ni nak balik kampung dengan ✈.

Jadi aku ajak suami pergi ziarah mak sebab aku nak balik Kelantan. Masa ni dah boleh merentas negeri  tanpa syarat. Sebab tu aku ambik peluang nak balik tengok mak ayah aku. Dah lama tak jumpa Umi Baba aku.

Jadi pada tarikh tu kiteorang pergi la jumpa mak..
Kiteorang memang sejak dari awal kahwin kalau nak travel mana-mana kiteorang akan jumpa mak.. Bagitau dia..
Sebab mak dah berusia, kita sendiri yang masih muda orang kata.. 
Tak tau bila masa kita anak sampai...

Masa ni aku minta SyurgaCinta aku ambik gambar kenangan aku dengan mak, cucu-cucu..

Lama kiteorang borak... Kakak ipar siap jamu makan lagi. Kiteorang balik lepas solat Maghrib..

DAN................. Pada ISNIN @ AHAD malam, SyurgaCinta bagitahu aku. Masa kiteorang pergi tengok mak, rupanya ada anak sedara dia tengah kuarantin. Dan result 2nd swab POSITIF !!!
 
Ya Allah.. Seram sejuk nak marah tak nak marah semua ada..

Terus aku call Bilik Gerakan Covid-19 HKL untuk tahu status aku, suami dan anak-anak..
Lagipun tiket ✈ kiteorang 24/12/20 nanti kena burn ke macam mana.. Memang la kiteorang takder jumpa langsung anak sedara yang positif tu.. Tapi kiteorang tak tau macam mana dengan yang lain...

Lepas aku ceritakan semuanya kepada Pegawai kat Bilik Gerakan Covid-19 HKL tu, maka arahan tidak rasmi yang aku dapat :: TIDAK DIBENARKAN MERENTAS NEGERI !

Menitik air mata aku.. Aku akur dan aku faham.
Sebab kiteorang kena tunggu result ahli keluarga yang lain.. Result kakak ipar aku, mak mentua aku, biras aku, anak-anak dia yang lain...
Kecewa memang takyah cakap..

Kenapa aku dan family TIDAK DIBENARKAN MERENTAS NEGERI?? 
Cuba korang fikir... Buatnya ada ahli keluarga yang lain result-nya positif, kiteorang pulak la yang menjadi closed contact. Lepas tu, nasib penumpang kapal terbang yang lain?? Buatnya ada antara kiteorang yang positif, KENA MAKI AKU SATU MALAYSIA !! 

Disebabkan aku dan SyurgaCinta aku ada rasa tanggungjawab, kiteorang tak balik kampung. Aku risau.. Aku tak nak merisikokan orang lain yang tidak bersalah...Terutama Umi Baba aku...

Pegawai tu jugak pesan,, kiteorang hanya perlu buat swab test jika bergejala..

DAN..... 

PADA 28/12/20 IAITU PADA HARI KE-9 KITEORANG BALIK DARI RUMAH KAKAK IPAR AKU, ANAK AKU RAIHAN BATRISYA MULA ADA GEJALA,,DEMAM PANAS..HIUDNG BERAIR, BATUK..

Aku call Bilik Gerakan Covid-19 HKL... Jawapan sama, tunggu result  ahli keluarga yang lain dulu,, Actually masa ni pegawai tu dah cam suara aku. Dia sarankan aku untuk buat test kat private kalau aku risau dan takleh tunggu... FOR SURE LA AKU TAKLEH TUNGGU !! Aku kerja kot.. Takkan aku nak merisikokan staff wad aku yang lain bila anak aku ada gejala?? AKU TAK BOLEH FIKIR YANG BAIK-BAIK dah masa ni..

Aku kena fikir workmate aku kat wad, pengasuh anak-anak aku..

Hari yang sama 4 klinik aku call untuk buat Covid19 swab test..Finally ada satu klinik kat Setapak, KL ambik kes anak aku untuk slot last sebelum jam 6pm.. Terus aku ajak SyurgaCinta aku pergi.

Sampai je kat klinik tu, daftar dan terus aku dan Raihan diarahkan ke bahagian belakang klinik sebab kat sana dieorang bukak khemah khas untuk ambik swab.



Klinik tu ambik swab PCR.. Staff klinik tu kata result boleh tahu selepas 24 jam. So, esoknya aku tak boleh kerja. Self-quarantine sampai result anak aku keluar.

Alhamdulillah, result anak aku NEGATIF !!
Aku, suami dan Rizqi pun takder gejala apa-apa..
Alhamdulillah..

So, korang kalau tengah kuarantin atau ada individu lain dalam rumah korang tengah kuarantin, tolong la jujur dan ada rasa tanggungjawab. Sepatutnya kalau ada ahli keluarga yang kuarantin dalam rumah tu, kita pun kena self-quarantine jugak,, ataupun strict SOP..  Pakai mask, guna hand sanitizers, cuci tangan dengan sabun..

Macam aku, aku dibenarkan bekerja waktu tu. Tapi strict PPE Stage 1.. Pakai mask sentiasa kecuali time nak makan.  Jaga jarak. Cuci tangan dengan sabun. Guna hand sanitizers..
Tu semua memang aku buat..


KITA JAGA KITA 








Popular posts from this blog

Dah Lama Mati

Assalamualaikum.... Here I come again... Try to stay calm and follow the flow. Sebelum ni dah terbiasa hidup sendiri walaupun ada suami.  Ini kan pulak bila dia dah meninggal lagi la aku rasa okay je hidup sendiri.  Rezeki tu Allah yang bagi. Setakat nak cari duit sendiri tu, Inshaa Allah boleh je. Masa dia hidup pun mana ada dia bagi duit kat aku. Kad bank gaji aku pun dia pegang, duit dia “bagi” tu duit aku la jugak. 😁😁😁😁😁 Banyak benda nak story kat sini, tapi takpe laa.. Biar la semua story tu aku private kan aje.. Bagi anak aku baca je nanti bila dia dah besar. Hopefully Google tak padam Blog ni. Sebab kadang Blog ni dah jadi online diary aku... Cuma mana story yang patut private aku letak private. Time heal everything even it will leave a deep scar inside  😢

DYSLEXIA IS NOT AUTISM

Assalamualaikum dan hai semua.. So today aku nak share dengan korang macam mana aku treat anak aku. 1st korang kena tahu DISLEKSIA NI BUKAN AUTISM . Disleksia dan Autism ni 2 masalah yang berbeza.. Two different type of disorders. Kena faham yang ni dulu. Disleksia ni LEARNING DISORDER . Autism ni pulak DEVELOPMENTAL DISORDER (melibatkan fungsi otak).. Ehhh jap.. Habis tu Disleksia takde kaitan dengan fungsi otak ke? Ada...Mesti la ada cuma Autism ni ada gangguan fungsi neuron otak seumur hidup, while Dyslexia boleh diatasi masalahnya tu dengan  terapi bersesuaian. At first, aku detect anak aku speech delay pada umur dia 2 tahun. Masa tu tahun 2017. Masa tu aku kerja kat Kuantan. During checkup every month tu aku ada bagitahu nurse kat kk ( klinik kesihatan ) yang anak aku lambat bercakap. Hanya 2-3 patah perkataan sahaja. Dan nurse tu cakap maybe itu normal sebab anak aku takder kawan 😑😑😑😑.  Anak sulong kebanyakannya memang macam ni. Tapi bila masuk taska ke day ...

The Struggle...

Part Two Hai guys ,,,, I'm back.....  😎 So hari tu aku dah intro sikit pasal anak aku kan. Boleh klik sini  kalau  ada yang tak baca lagi. Okay , so lepas aku kahwin dengan Papa baru Rizqi, our life getting better and better ( even ada makcik penyondol yang sengal meroyan ntah apa-apa). Biasa la, dia meroyan sebab dia penyondol, aku takkk 😆😆😆😆😆😆😆 Time by time day by day aku perasan anak aku ni lambat bercakap. Kalau dia nak sesuatu, dia just sebut "nak" lepas tu dia tunjuk kat barang apa dia nak. Stress tau kadang.. Sampai la dia umur 3 tahun aku bagitau nurse klinik kesihatan yang menjaga anak aku ni. Setiap kali aku bagitau yang aku syak anak aku ni  speech delay setiap kali tu la nurse cakap  kat aku   :: ..... "ibu jangan risau, anak ni okay je.. biasa laa tu..anak 1st..takde adik..lagipun belum sekolah lagi...." ..... Eeehhh takkk sekarang ni mesti la aku risau sebab perkembangan anak aku tak sama macam dalam buku biru tu. Bila aku ...