Skip to main content

DYSLEXIA IS NOT AUTISM

Assalamualaikum dan hai semua..



So today aku nak share dengan korang macam mana aku treat anak aku.
1st korang kena tahu DISLEKSIA NI BUKAN AUTISM.

Disleksia dan Autism ni 2 masalah yang berbeza.. Two different type of disorders.
Kena faham yang ni dulu.

Disleksia ni LEARNING DISORDER. Autism ni pulak DEVELOPMENTAL DISORDER (melibatkan fungsi otak)..
Ehhh jap.. Habis tu Disleksia takde kaitan dengan fungsi otak ke?

Ada...Mesti la ada cuma Autism ni ada gangguan fungsi neuron otak seumur hidup, while Dyslexia boleh diatasi masalahnya tu dengan  terapi bersesuaian.

At first, aku detect anak aku speech delay pada umur dia 2 tahun. Masa tu tahun 2017. Masa tu aku kerja kat Kuantan. During checkup every month tu aku ada bagitahu nurse kat kk ( klinik kesihatan ) yang anak aku lambat bercakap. Hanya 2-3 patah perkataan sahaja. Dan nurse tu cakap maybe itu normal sebab anak aku takder kawan 😑😑😑😑. 

Anak sulong kebanyakannya memang macam ni. Tapi bila masuk taska ke day care ke secara automatik akan bercakap sebab ada kawan. Well. aku ni walaupun  nurse jugak tapi aku tak arif bab paeds ni. Kena gali ilmu jugak. So silap besar aku kat sini adalah berikan anak aku masa untuk bercakap. Instinct aku as mak ni memang kuat mengatakan something wrong somewhere dengan anak aku ni.

So kat bawah ni aku share beberapa simpton yang ada pada anak aku dan simptom ni korang boleh guna pakai untuk observed anak korang kalau korang rasa anak korang macam ada something wrong somewhere jugak...

..............................................................................


Antara simptom disleksia yang kita patut tahu :

1) Speech Delay / lambat bercakap.
Lambat bercakap ni bukan sebab anak tu tak nak bercakap tapi memang anak tu tak boleh bercakap. Perkembangan pertuturan anak kita boleh rujuk buku kesihatan anak kita yang warna pink dan biru. Kat dalam buku tu banyak maklumat berguna. Kalau korang jenis mak ayah yang pemalas, yang hanya tahu membawang dalam pesbukk je, hanya tahu tanya rujuk group kat pesbukk je pasal anak, so memang korang takkan tahu ilmu apa yang KKM dah share dalam buku tu.

2) Susah nak pakai baju berbutang dan ikat tali kasut. 
Untuk yang ni Rizqi boleh butang baju sendiri walaupun agak struggle nak siapkan diri.
Dia pakai baju memang lama sebab aku biarkan dia butang baju sendiri. Selalunya dia akan menolak bila aku nak tolong butangkan,. Dia akan cakap "no !! Iqi buat.."..
Ikat tali kasut memang failed. 

3) Tertukar kiri dan kanan.
Kalau kadang-kadang tu okay la. Ni memang takleh beza kiri kanan. Confused mana kiri mana kanan.. Kalau pakai kasut tu macam takder rasa beza kiri kanan. Aku kadang-kadang selalu marah Rizqi sebab dia pakai kasut/selipar terbalik. Sampai aku tanya dia " kamu tak rasa ke kasut tu pelik kat kaki kamu???' Kesian dia.Aku yang bodoh sebab selalu lupa masalah dia 😢😢😢😢.. Aku sepatutnya tolong di abetulakn ballik bukan persoalkan silap dia..

4) Susah nak faham arahan.
Contohnya anak aku ni dia tak boleh terima arahan yang banyak walaupun simple.
Contohnya :: " Rizqi , tolong Mommy ambik cawan warna biru kat dapur.."
Tak boleh. Dia akan masuk ke dapur tapi ambik ambik cawan je. Arahan cawan warna biru tu dia tak dapat tangkap, Kena cakap satu-satu.. "Rizqi, tolong Mommy ambik cawan kat dapur. Cawan biru.. Cawan biru.. Cawan biru.." Kena ulang macam tu baru dia akan ambik cawan macam yang kau suruh.

5) Susah nak melompat atau main skipping rope.
Haa.. Yang ni aku musykil sebab Rizqi melompat nombor 1 dunia.. Bawak dia main kat KidZania tu pun takder masalah melompat. Melompat dari tempat tinggi ke rendah ke so far takder masalah. Melompat langkah longkang pun takder masalah walaupun dia macam takut-takut. 

6) Agak kelam kabut dan kadang-kadang langgar perabot atau objek sekeliling.
YES ! Rizqi agak kelam kabut. Aku pun tak paham dengan kelam kabut dia. Benda takder apa pun. Kalau berjalan tu pulak kawasan kemain luas boleh pulak dia pergi langgar. Macam kat rumah kadang-kadang tersadung kerusi la langgar peti ais la.. Kelam kabut kot tu yang terlanggar habis segala benda.. 

7) Sukar membaling dan menangkap bola.
Hurmm,,yang ni aku pun tak reti nak observed anak sendiri sebab tengok dia main bola pun jarang.. Main dalam rumah banyak pantang larang 😅😅😅. Duk rumah flat, kecik.. Nanti main baling bola kena braang dalam rumah tu.. Naya.. Nak keluar takut. Covid masih ada..

8) Cakap terbalik.
Yang ni kalau Rizqi memang selalu cakap terbalik. Contoh nak bukak pintu dia cakap tutup pintu. Kalau tanya dia ' Rizqi makan apa hari ni?' Dia akan jawab : " dah nasik makan. Masak Papa...''.. Yang betulnya, dah makan nasik, Papa masak...😅😅😅

9) Sukar nak sebut nama objek.
Ini contohnya macam Rizqi, dia nak cakap tangan dia luka kena pisau ke terkepit pintu ke dia susah nak cerita. Dia akan cakap " Mommy tengok nih.." dia tunjuk tangan dia. Bila tanya kena apa? Dia akan jawab " haa..kena ____ ( loading tak tau nak sebut apa).. '' tangan tu kena apa??''.. Dia tanya balik "kenapa??' Dia ingat *kena apa* tu *kenapa* 😆😆😆.. Adehhhh,, pishangg nak berkomunikasi dua hala dengan Rizqi nih.. Bila aku tanya lagi "why ?? kiya huaa??? yenna...???" Dia boleh jawab pulak :: " tu...door..pintu.. " atau " tu... nih... (loading jap pastu tunjuk bahasa isyarat potong-potong).." .. Pisau ke?? " haaa..pishauu.." dia jawab...  HAHAHAHAH...So ,macam mana tu?? Aku sendiri tak paham nak guna bahasa apa dengan Rizqi 😂😂😂😂

10) Susah nak tentukan arah, dalam atau luar. Dekat atau jauh. Depan atau belakang.
Kadang-kadang kalau kita suruh dia pergi depan dia termenung kejap.. Tengah loading la tu.. 😅😅😅.. Bila tunjuk,, Boleh pulak dia cakap " ooo.. depan ke Mommy..??''.. 🙆🙆🙆🙆

11) Susah nak sebut perkataan sukukata yang mudah.
Contohnya * kereta* .. Dia takkn sebut walaupun kete.. Dia sebut *car*..Kalau aku ajar Rizqi sebut sukukata *rambutan* dia akan terkumat kamit macam nak jampi apa pun tak tau, pastu dengar hujung-hujung je *utan*.. 😐😐😐😐😐
Sabaww je la...😆😆😆

12) Tulis terbalik.
Ya benaarrr... Banyak huruf Rizqi tulis terbalik. Contoh *Z* dia tulis *S*... *d* dia tulis *b*... Masa exam cikgu tanya dia boleh jawab. Tiba tang menulis out terus.. Terbalik kuak lentang habis. Cikgu dia kata it's normal for Rizqi, kena sentiasa buat latihan latih tubi.

13) Susah nak menyalin dari white board ke buku.
Yang ni aku nampak masa PDPR. Nak tulis tarikh pun dan 15 minit. Belum lagi benda lain..

14 ) Susah nak ingat hari, tarikh, dalam seminggu ada berapa hari..sebulan tu berapa hari.
Untuk yang ni anak aku memang tak tahu langsung...😂😂😂😂😂

.
 
.

Itu antara simptom-simptom disleksia yang ada pada anak aku. Dan bila aku bawak Rizqi untuk assesment rupanya Rizqi ada 6 hingga 7 masalah lain lagi berkaitan dengan disleksia. Menitik air mata bila pengetua Pusat Disleksia expalined kat aku. Air mata kesyukuran sebab masalah yang Rizqi hadap boleh diatasi walaupun akan mengganggu rutin harian dia seumur hidup.. Dan air mata sedih dan kecewa dengan diri sendiri sebab gagal jadi ibu yang terbaik untuk anak aku...




                                     

Popular posts from this blog

Dah Lama Mati

Assalamualaikum. Here I come again... Try to calm and follow the flow. Aku ni dah terbiasa hidup sendiri walaupun ada suami.  Ini kan pulak bila dia dah meninggal lagi la aku rasa okay je hidup sendiri.  Rezeki tu Allah yang bagi. Setakat nak cari duit sendiri tu, Inshaa Allah boleh je. Masa dia hidup pun mana ada dia bagi duit kat aku. Kad bank gaji aku pun dia pegang, duit dia “bagi” tu duit aku la jugak. 😁😁😁😁😁 So hari ni nak cerita insiden yang berlaku masa tahlil arwah hari tu. It’s not a big deal actually. Benda ni pun agak kelakar la bagi aku..Tapi deep weii.. Sumpah deep..  Kalau korang kat tempat aku, apa yang korang buat ek?? Kisahnya macam ni tau, kan ramai yang datang ziarah. Ada yang aku kenal dan ada yang aku tak kenal. Then ada la yang hulur duit ziarah. Kebanyakannya hulur duit ziarah kat mak arwah suami aku la.  Sebab orang kampung lebih kenal mak dari aku. Aku okay je bab ni... Okay, ni part kelakar...

TRAGEDI DISEMBER . . . .

Assalamualaikum.. Dah masuk Februari, baru nak update blog... Sebulan sekali ke apa blog aku ni hidup.. Seperti yang aku janjikan pada entry aku yang lepas , aku janji yang aku nak cerita kenapa anak aku Raihan Batrisya kena ambik swab test Covid-19.  Kisahnya macam ni tau.. Pada Ahad, 19/12/20 aku ajak suami ke Meru untuk ziarah mentua aku sebab 24/12/20 aku, suami dan anak-anak aku ni nak balik kampung dengan ✈. Jadi aku ajak suami pergi ziarah mak sebab aku nak balik Kelantan. Masa ni dah boleh merentas negeri  tanpa syarat. Sebab tu aku ambik peluang nak balik tengok mak ayah aku. Dah lama tak jumpa Umi Baba aku. Jadi pada tarikh tu kiteorang pergi la jumpa mak.. Kiteorang memang sejak dari awal kahwin kalau nak travel mana-mana kiteorang akan jumpa mak.. Bagitau dia.. Sebab mak dah berusia, kita sendiri yang masih muda orang kata..  Tak tau bila masa kita anak sampai... Masa ni aku minta SyurgaCinta aku ambik gambar kenangan aku dengan mak, cucu-cucu.. Lama kiteorang...