Skip to main content

Mata Duitan???

DUIT ZIARAH

So hari ni nak cerita insiden yang berlaku masa tahlil arwah hari tu. It’s not a big deal actually.
Benda ni pun agak kelakar la bagi aku..Tapi deep weii.. Sumpah deep.. 
Kalau korang kat tempat aku, apa yang korang buat ek??

Kisahnya macam ni tau, kan ramai yang datang ziarah.
Ada yang aku kenal dan ada yang aku tak kenal.
Then ada la yang hulur duit ziarah.
Kebanyakannya hulur duit ziarah kat waris terdekat arwah suami aku la. 
Sebab orang kampung lebih kenal mereka dari aku.
Aku okay je bab ni...

Okay, ni part kelakar... (aku prefer namakan watak ni as SHE)

SHE panggil aku, nak cakap sesuatu katanya.
Masa ni orang tengah ramai kat luar. Majlis tahlil kan.
Aku lepak buat hal aku kat dapur, sambil layan baby aku.
Anak aku baru umur 7 bulan.
So SHE datang kat aku bagitau pasal duit ziarah arwah ni.
At 1st SHE cakap nak bagi kat anak-anak arwah yang lain tu je, memandangkan aku ni kerja.

(Arwah ada anak perempuan dengan bekas isteri)

Aku macam...Aiikkkk...Macam tu ehhhh..
Aku jawab laa, anak aku ni pun anak arwah, Bin arwah bukan Bin Abdullah ke apa.
Harta pusaka pun layak dapat sebab anak ni anak lelaki.

SHE aku ni pun mulut not bad 😂😂😂😂😂
Dia pun cakap "haaa. tak apa lah kalau kamu dah cakap macam tu..Kan Rizqi kan, mama kamu dah kerja pun nak jugak duit tu ya.."
Ehhh,, aku jawab balik "ni anak arwah, mestilah nak..untuk belanja anak saya..arwah ni asyik makan duit saya je,,"
Then, SHE pun bangun blah dari situ.

Long short story, duit ziarah tu diberi samarata, sebab arwah ada anak yang lain jugak kan.
So aku okay je laaaa asalkan anak aku pun dapat.

Aku cuba husnuzon dierang tak tahu arwah suami aku ni biawak hidup sepanjang jadi suami aku.
Pergi buat kerja kat bengkel tu sekadar buat hilang boring je.
Semua pakai duit aku. 
Nak cakap lebih pun orangnya dah takdek..
Allah je laa yang tahu...

Disebabkan insiden tu aku pun carilah apa hukum guna duit ziarah kematian.
Dan aku jumpa penjelasan yang pendek tapi padat kat sini.
So tak salah laaa aku mintak bahagian anak aku jugak.
Ingat aku kerja kat KL ni hidup free ke???
Nak bayar pengasuh lagi, minyak kereta, pampers, tol, sewa rumah.

Ya.. begitulah kehidupan. Hidup mesti diteruskan.. 






Popular posts from this blog

Dah Lama Mati

Assalamualaikum.... Here I come again... Try to stay calm and follow the flow. Sebelum ni dah terbiasa hidup sendiri walaupun ada suami.  Ini kan pulak bila dia dah meninggal lagi la aku rasa okay je hidup sendiri.  Rezeki tu Allah yang bagi. Setakat nak cari duit sendiri tu, Inshaa Allah boleh je. Masa dia hidup pun mana ada dia bagi duit kat aku. Kad bank gaji aku pun dia pegang, duit dia “bagi” tu duit aku la jugak. 😁😁😁😁😁 Banyak benda nak story kat sini, tapi takpe laa.. Biar la semua story tu aku private kan aje.. Bagi anak aku baca je nanti bila dia dah besar. Hopefully Google tak padam Blog ni. Sebab kadang Blog ni dah jadi online diary aku... Cuma mana story yang patut private aku letak private. Time heal everything even it will leave a deep scar inside  😢

DYSLEXIA IS NOT AUTISM

Assalamualaikum dan hai semua.. So today aku nak share dengan korang macam mana aku treat anak aku. 1st korang kena tahu DISLEKSIA NI BUKAN AUTISM . Disleksia dan Autism ni 2 masalah yang berbeza.. Two different type of disorders. Kena faham yang ni dulu. Disleksia ni LEARNING DISORDER . Autism ni pulak DEVELOPMENTAL DISORDER (melibatkan fungsi otak).. Ehhh jap.. Habis tu Disleksia takde kaitan dengan fungsi otak ke? Ada...Mesti la ada cuma Autism ni ada gangguan fungsi neuron otak seumur hidup, while Dyslexia boleh diatasi masalahnya tu dengan  terapi bersesuaian. At first, aku detect anak aku speech delay pada umur dia 2 tahun. Masa tu tahun 2017. Masa tu aku kerja kat Kuantan. During checkup every month tu aku ada bagitahu nurse kat kk ( klinik kesihatan ) yang anak aku lambat bercakap. Hanya 2-3 patah perkataan sahaja. Dan nurse tu cakap maybe itu normal sebab anak aku takder kawan 😑😑😑😑.  Anak sulong kebanyakannya memang macam ni. Tapi bila masuk taska ke day ...

The Struggle...

Part Two Hai guys ,,,, I'm back.....  😎 So hari tu aku dah intro sikit pasal anak aku kan. Boleh klik sini  kalau  ada yang tak baca lagi. Okay , so lepas aku kahwin dengan Papa baru Rizqi, our life getting better and better ( even ada makcik penyondol yang sengal meroyan ntah apa-apa). Biasa la, dia meroyan sebab dia penyondol, aku takkk 😆😆😆😆😆😆😆 Time by time day by day aku perasan anak aku ni lambat bercakap. Kalau dia nak sesuatu, dia just sebut "nak" lepas tu dia tunjuk kat barang apa dia nak. Stress tau kadang.. Sampai la dia umur 3 tahun aku bagitau nurse klinik kesihatan yang menjaga anak aku ni. Setiap kali aku bagitau yang aku syak anak aku ni  speech delay setiap kali tu la nurse cakap  kat aku   :: ..... "ibu jangan risau, anak ni okay je.. biasa laa tu..anak 1st..takde adik..lagipun belum sekolah lagi...." ..... Eeehhh takkk sekarang ni mesti la aku risau sebab perkembangan anak aku tak sama macam dalam buku biru tu. Bila aku ...