Skip to main content

Thyrogen



Kali ni aku nak share pasal Thyrogen. Memandangkan di awal tahun 2020 ni ramai pulak pesakit aku on IM Thyrogen ni sebelum minum RAI Ablation...
Ada a few pesakit aku yang admitted tanya kenapa dieorang kena ambik IM Thyrogen ni.. Boleh tak kalau tak nak cucuk... Saya takut jarum katanya...

Well... Actually boleh ke tak boleh tu doktor yang tentukan ( according to the blood results jugak..)
Aku sebagai seorang misi dan juga Jururawat yang terlatih hanya membantu dalam perawatan sahaja di samping memberikan emotional support kepada patient..





Okay, back to the story... 

πŸ’ŠThyrogen ni ubat dari makmal Genzyme (Syarikat Sanofi) yang bertempat di luar negara.. Sebab tu ubat ni mahal.. Kat mana company ni?
Kalau korang Waze akan keluar la celah mana Sanofi Company ni terletak.. Kalau ada patient yang defaulted treatment RAI with IM Thyrogen ni rasa menyirap jeee... Ingat senang nak dapat ubat ni.. Mahal dia sampai beribu tau...  Ni kerajaan bagi subsidi bersyukur la sikit..

πŸ’Š Thyrogen ni ubat yang digunakan sebelum  rawatan Radioiodine.. Sebenarnya ada dua rawatan lagi yang memerlukan Thyrogen ni tapi aku hanya memfokuskan penggunaannya sebelum rawatan radioiodine sahaja... 

πŸ’Š Ubat Thyrogen ni mengandungi hormone TSH.. Digunakan sebagai an adjunctive treatment atau sebagai rawatan tambahan for radioiodine ablation...

πŸ’Š Pesakit yang perlukan rawatan IM Thyrogen ni adalah pesakit yang telah menjalani prosedur Total Thyroidectomy...( situasinya sama je macam pesakit yang minum RAI )

πŸ’Š Cara penyimpanan ubat ni adalah.. Kena letak dalam peti sejuk.. Farmasi Hot Lab yang akan simpan ubat ni.. Bila ada pesakit yang perlu gunakannya nurse akan bagi slip ubat with JKTU (borang ubat yang perlukan tandatangan doktor pakar)

πŸ’Š Cara penggunaan :: Ubat ni berbentuk powder, so Nurse kena dilute ubat ni dengan 1ml sterile water for injection...Lepas tu lokasi for injection adalah di buttocks.. BUKAN SHOULDER !!!! IM Thyrogen 0.9mg should be inject in the buttocks...  inject secara intramuscular .. Sakit patient kalau bagi kat shoulder...

πŸ’Š Post IM Thyrogen pesakit selalunya akan mengadu rasa sakit dan sengal di keseluruhan badan terutamanya pada bahagian tulang ( kalau dah bone mets).. Selain itu, pesakit juga akan mengalami rasa nausea (mual), muntah, dizziness, headache, fatigue (lemah badan)...  Semua common side effects ni tak semua pesakit alami.. Ada yang tak rasa apa-apa.. Ada yang rasa lemah lesu je.. Ada jugak yang sampai perlukan ubatan tahan sakit seperti Aqueous Morphine..
Boleh rujuk kat sini untuk tahu lebih lanjut mengenai side effects IM Thyrogen ni ::


Untuk pantang larang sebelum ablation with IM Thyrogen 0.9mg ni pula, sama je dengan pantang larang untuk minum RAI Ablation yang lain.. Cuma bezanya pesakit yang perlu ambik IM Thyrogen ni kena teruskan pengambilan ubat hormon tiroid.. Semua ni diatas nasihat doktor... Bukan saja-saja je kena continue ubat hormon tiroid..

Untuk pantang larang RAI boleh rujuk sini ::

Untuk IM Thyrogen ni, pesakit kena ambik complete 2 dose dengan jarak setiap dose adalah 24jam...

Dose pertama macam biasa ambik pada hari admission iaitu pada hari Isnin.. Dan dose kedua ambik pada hari Selasa.. Pada hari Rabu pesakit akan minum RAI.. Sekali lagi saya tegaskan, dose untuk RAI doktor yang tentukan, berdasarkan keputusan darah TFT..

Contoh :: Dose pertama IM Thyrogen 0.9mg inject pukul 11pagi... Keesokannya untuk dose kedua kena inject pada waktu yang sama, asalkan lebih 24 jam... Tapi jangan la lebih banyak sangat... Farmasi Hot Lab Nuklear ni tutup pukul 5petang...
Pharmacist nak prepair ubat lagi bagai.. 

A few pesakit yang kena ambik IM Thyrogen ni selalunya dieorang akan walk in ke ward untuk kena inject ( itu kalau rumah dekat dalam kawasan KL atau sekitarnya..).. Kalau yang duk jauh contoh dari Sarawak ke Kelantan ke dieorang kena admitted la..

Tapi walaupun admit untuk IM Thyrogen, nurse tidak sama sekali akan letak dieorang sebilik dengan pesakit ablation lain.. Sebab pesakit ablation lain dah minum iodine pada hari Isnin. Yang ambik IM Thyrogen ni pulak kena minum hari Rabu.. 

Kenapa letak asing???

Nak elakkan sebaran radiasi laaaa...

Pada hari Rabu sebelum minum RAI nurse akan ambik ujian darah TFT dulu seperti yang diarahkan oleh doktor..  
Pada hari Khamis radiation survey akan dilakukan seperti biasa oleh Pegawai Sains Fizik yang bertugas..
Pada hari Jumaat, pesakit akan melalui prosedur Whole Body Scan...

Prosedur sama je macam yang kat sini...

Okay, setakat ni saja perkongsian..
Taip panjang-panjang muntah hijau pulak...
 
 

Popular posts from this blog

Dah Lama Mati

Assalamualaikum.... Here I come again... Try to stay calm and follow the flow. Sebelum ni dah terbiasa hidup sendiri walaupun ada suami.  Ini kan pulak bila dia dah meninggal lagi la aku rasa okay je hidup sendiri.  Rezeki tu Allah yang bagi. Setakat nak cari duit sendiri tu, Inshaa Allah boleh je. Masa dia hidup pun mana ada dia bagi duit kat aku. Kad bank gaji aku pun dia pegang, duit dia “bagi” tu duit aku la jugak. 😁😁😁😁😁 Banyak benda nak story kat sini, tapi takpe laa.. Biar la semua story tu aku private kan aje.. Bagi anak aku baca je nanti bila dia dah besar. Hopefully Google tak padam Blog ni. Sebab kadang Blog ni dah jadi online diary aku... Cuma mana story yang patut private aku letak private. Time heal everything even it will leave a deep scar inside  😒

DYSLEXIA IS NOT AUTISM

Assalamualaikum dan hai semua.. So today aku nak share dengan korang macam mana aku treat anak aku. 1st korang kena tahu DISLEKSIA NI BUKAN AUTISM . Disleksia dan Autism ni 2 masalah yang berbeza.. Two different type of disorders. Kena faham yang ni dulu. Disleksia ni LEARNING DISORDER . Autism ni pulak DEVELOPMENTAL DISORDER (melibatkan fungsi otak).. Ehhh jap.. Habis tu Disleksia takde kaitan dengan fungsi otak ke? Ada...Mesti la ada cuma Autism ni ada gangguan fungsi neuron otak seumur hidup, while Dyslexia boleh diatasi masalahnya tu dengan  terapi bersesuaian. At first, aku detect anak aku speech delay pada umur dia 2 tahun. Masa tu tahun 2017. Masa tu aku kerja kat Kuantan. During checkup every month tu aku ada bagitahu nurse kat kk ( klinik kesihatan ) yang anak aku lambat bercakap. Hanya 2-3 patah perkataan sahaja. Dan nurse tu cakap maybe itu normal sebab anak aku takder kawan πŸ˜‘πŸ˜‘πŸ˜‘πŸ˜‘.  Anak sulong kebanyakannya memang macam ni. Tapi bila masuk taska ke day ...

The Struggle...

Part Two Hai guys ,,,, I'm back.....  πŸ˜Ž So hari tu aku dah intro sikit pasal anak aku kan. Boleh klik sini  kalau  ada yang tak baca lagi. Okay , so lepas aku kahwin dengan Papa baru Rizqi, our life getting better and better ( even ada makcik penyondol yang sengal meroyan ntah apa-apa). Biasa la, dia meroyan sebab dia penyondol, aku takkk πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜† Time by time day by day aku perasan anak aku ni lambat bercakap. Kalau dia nak sesuatu, dia just sebut "nak" lepas tu dia tunjuk kat barang apa dia nak. Stress tau kadang.. Sampai la dia umur 3 tahun aku bagitau nurse klinik kesihatan yang menjaga anak aku ni. Setiap kali aku bagitau yang aku syak anak aku ni  speech delay setiap kali tu la nurse cakap  kat aku   :: ..... "ibu jangan risau, anak ni okay je.. biasa laa tu..anak 1st..takde adik..lagipun belum sekolah lagi...." ..... Eeehhh takkk sekarang ni mesti la aku risau sebab perkembangan anak aku tak sama macam dalam buku biru tu. Bila aku ...