Skip to main content

MATI ITU PASTI


Assalamualaikum dan selamat petang semua. Lama aku tak menulis..
Kering idea.. 😅
Ingat senang ke nak menaip menulis ni. Bila bukak blog je termenung tak tau nak tulis apa..

Nak pulak aku baru saja kematian ibu saudara aku beberapa hari sebelum Aidiladha, yang umurnya muda setahun dari aku.
Masih terkejut dengan pemergian arwah yang tak disangka.




Memang betul, mati itu pasti. Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Cuma kita tak tau bila dan bagaimana pengakhiran kita nanti. Semoga kita semua mati dalam keadaan husnol khatimah.




Pada pagi 28/7/2020 aku terima panggilan dari Ummi aku kat kampung.
 Suara Ummi aku tenggelam timbul sebab Ummi aku duk nangis sambil cakap ::

" Long..Along... MakSu Atin Long.....''

"Ummi..kenapa ni..? Rilex Ummi...Rilex.. Kenapa dengan MakSu Atin..? Dia dah buat Angio kan petang semalam..??.."

'' Long... MakSu Atin tak sedar Longg.. MakSu Atin kritikal Long.. Ummi tak boleh nak bercakap ni Long..."

" Allahu Akbar !! Along balik sekarang !! Apa-apa jadi tunggu Along.."

Talian terputus sebab Ummi aku memang tengah nangis teruk. MakSu Atin ni adik bongsu Ummi aku. Bulan 10 ni genap umur dia 30 tahun. Aku terus packing kain baju aku dan anak-anak. Sepatutnya aku balik kampung 29 hb sebab suami aku start cuti pada tarikh tu. Disebabkan aku dapat berita macam ni aku terus nak gerak balik. 

Aku call adik lelaki aku kat Shah Alam..Aku bagitahu dia apa yang berlaku. Dia terkejut. Dan adik aku bagitau aku yang dia akan ambik cuti kecemasan. Dia suruh aku dan suami gerak balik kampung dulu.

Aku call suami aku.. Dia tak jawab..Aku dah agak dah waktu pagi macam ni dia susah nak jawab call sebab sibuk nak potong ayam despatch ayam ke customers. Akhirnya, aku just tinggalkan mesej yang aku sedang bersiap nak balik kampung. Kalau dia balik lambat aku tinggal je 😖😖😖

Tengah aku sibuk siapkan anak-anak aku, suami aku call dan bagitau dia akan balik sekarang.
Lega aku dengar. Maklum la, belakang aku ni masih lagi sakit.. Kena bergantung pada ubat tahan sakit lagi. Nak drive jauh ni memang cari penyakit la..




Sepanjang perjalanan aku tak putus berdoa supaya MakSu Atin aku selamat dan kembali sihat. Dari KL sampai Gua Musang non-stop air mata ni keluar.

Bila dah sampai R&R Gua Musang aku tergerak hati untuk call wad tempat MakSu Atin aku admit. Masa aku call tu, doktor yang jawab panggilan aku. Aku tanya doktor tu macam mana keadaan mak sedara aku tu sekarang. Doktor bagitau aku :: " tadi nurse tu okay. Then tak lama lepas tu dia start acidosis balik..Masa kiteorang duk struggle nak settle kan isu acidosis tu, nurse tu asystole..CPR STAT..lebih kurang 40 minute CPR we didn't get her back. Allah lebih sayangkan dia..Ahli keluarga yang lain saya dah bagitau jap tadi.."

'' Ehh... Doktor.. Jap.. Maksud doktor patient dah LO ke????" 
( LO - LAST OFFICE..  Medical Term for patient yang doktor dah sahkan meninggal dunia )

'' Ya.. Dah LO...''

" Bila doktor???"

" Baru je.. Baru sangat..lebih kurang 5 minute lepas.."

" Thank You doktor..."

😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭



DARI ALLAH KITA DATANG KEPADA ALLAH KITA KEMBALI

Masa ni adik aku pun ada sekali kat Gua Musang. Dia baru nak makan. Aku bagitau dia MakSu Atin dah takder 😭😭😭.. Terus dia tak jadi makan. Kiteorang teruskan perjalanan untuk sampai ke Kota Bharu. Dalam waktu yang sama aku masih tak putus berdoa supaya aku dapat tatap wajah terakhir MakSu Atin aku..

Lebih kurang jam 8pm lebih, selepas Isyak aku selamat sampai kat rumah nenek aku. Aku terus keluar kereta berlari dengan sakit belakang lagi..Takut tak sempat tengok MakSu Atin aku...

Alhamdulillah, aku sempat tengok arwah. Aku sempat jumpa arwah.. Dan aku sempat cium arwah buat kali yang terakhir. Tapi it's take time for me to calm. Aku tak boleh nak kawal diri aku dari tidak menangis.. Paling teruk aku nangis masa aku kematian suami dulu. Dan sekarang, aku menangis teruk lagi sebab mak sedara tersayang dah pergi.



Buat MakSu Atin aku tersayang, damai lah kamu disana. Semoga Allah ampunkan segala dosa-dosa MakSu Atin dan tempatkan MakSu Atin dikalangan mereka ynag beriman.

Ramai tertanya-tanya arwah sakit apa. Umur berapa. Dah lama ke sakit.

Next entry aku cerita sebab masa aku menaip sekarang ni aku dah nangis.. Setiap kali teringatkan arwah aku nangis. Aku sayangkan MakSu Atin tapi Allah lebih sayangkan dia.  

Banyak kenangan kiteorang bersama masa kecik dulu,. Kini semuanya dalam kenangan.
😢😢😢


Popular posts from this blog

Dah Lama Mati

Assalamualaikum.... Here I come again... Try to stay calm and follow the flow. Sebelum ni dah terbiasa hidup sendiri walaupun ada suami.  Ini kan pulak bila dia dah meninggal lagi la aku rasa okay je hidup sendiri.  Rezeki tu Allah yang bagi. Setakat nak cari duit sendiri tu, Inshaa Allah boleh je. Masa dia hidup pun mana ada dia bagi duit kat aku. Kad bank gaji aku pun dia pegang, duit dia “bagi” tu duit aku la jugak. 😁😁😁😁😁 Banyak benda nak story kat sini, tapi takpe laa.. Biar la semua story tu aku private kan aje.. Bagi anak aku baca je nanti bila dia dah besar. Hopefully Google tak padam Blog ni. Sebab kadang Blog ni dah jadi online diary aku... Cuma mana story yang patut private aku letak private. Time heal everything even it will leave a deep scar inside  😢

DYSLEXIA IS NOT AUTISM

Assalamualaikum dan hai semua.. So today aku nak share dengan korang macam mana aku treat anak aku. 1st korang kena tahu DISLEKSIA NI BUKAN AUTISM . Disleksia dan Autism ni 2 masalah yang berbeza.. Two different type of disorders. Kena faham yang ni dulu. Disleksia ni LEARNING DISORDER . Autism ni pulak DEVELOPMENTAL DISORDER (melibatkan fungsi otak).. Ehhh jap.. Habis tu Disleksia takde kaitan dengan fungsi otak ke? Ada...Mesti la ada cuma Autism ni ada gangguan fungsi neuron otak seumur hidup, while Dyslexia boleh diatasi masalahnya tu dengan  terapi bersesuaian. At first, aku detect anak aku speech delay pada umur dia 2 tahun. Masa tu tahun 2017. Masa tu aku kerja kat Kuantan. During checkup every month tu aku ada bagitahu nurse kat kk ( klinik kesihatan ) yang anak aku lambat bercakap. Hanya 2-3 patah perkataan sahaja. Dan nurse tu cakap maybe itu normal sebab anak aku takder kawan 😑😑😑😑.  Anak sulong kebanyakannya memang macam ni. Tapi bila masuk taska ke day ...

The Struggle...

Part Two Hai guys ,,,, I'm back.....  😎 So hari tu aku dah intro sikit pasal anak aku kan. Boleh klik sini  kalau  ada yang tak baca lagi. Okay , so lepas aku kahwin dengan Papa baru Rizqi, our life getting better and better ( even ada makcik penyondol yang sengal meroyan ntah apa-apa). Biasa la, dia meroyan sebab dia penyondol, aku takkk 😆😆😆😆😆😆😆 Time by time day by day aku perasan anak aku ni lambat bercakap. Kalau dia nak sesuatu, dia just sebut "nak" lepas tu dia tunjuk kat barang apa dia nak. Stress tau kadang.. Sampai la dia umur 3 tahun aku bagitau nurse klinik kesihatan yang menjaga anak aku ni. Setiap kali aku bagitau yang aku syak anak aku ni  speech delay setiap kali tu la nurse cakap  kat aku   :: ..... "ibu jangan risau, anak ni okay je.. biasa laa tu..anak 1st..takde adik..lagipun belum sekolah lagi...." ..... Eeehhh takkk sekarang ni mesti la aku risau sebab perkembangan anak aku tak sama macam dalam buku biru tu. Bila aku ...