Skip to main content

Tips Nak Cepat Kurus ( Cara Aku )




Fuuhh.. Lama gila aku tak ber-blog nih... Sibuk dengan kerja hakiki. Balik rumah sambung pulak part time jaga anak, layan suami, masak, kemas rumah bagai.. 😂😂😂
Sibuk la sangat kan...

Jadi, dikesempatan ini aku nak share dengan korang tips untuk cepat kurus !!
Aku percaya, ramai perempuan mahupun lelaki kat luar sana nak cepat kurus tanpa makan sebarang produk kan..
Mengaku je la. Tak payah nak tipu diri sendiri. Jadi, tanpa membuang masa, teruskanla pembacaan korang ni ya..
Make sure korang baca sampai habis tau. 

Tujuan aku share tips ni sebab aku pun nak kurus dan sedang  beruasaha untuk kurus.
Aku dah penat la jadi gemuk. Ingat tak  penat ke jadi gemuk?? Nak sujud dalam solat pun dah mengah.. Inikan pulak nak buat aktiviti lain.. Serius penat..

Aku dulu masa bujang pernah pegang angka 48kg dengan ketinggian 150 cm... Comel kan..
Sekarang dah beranak pinak bagai lemak pun bahagia la jugak mencanak-canak dalam badan ni haaa... Berat aku sekarang 74.3kg.. Bulan 8/20 sebelum aku operate, berat aku 80kg 😓😓😓😓
Kesian kat nurse yang angkat aku.. Mesti lenguh sakit belakang angkat aku yang gemuk ni..

Sebab tu la aku nak kurus.. Aku nak kurus dan sihat. Bukan kurus semata-mata kurus.

Suami aku, bila aku tanya aku gemuk ke tak dia jawab :: " syg tetap comel..jangan risau.."
😒😒😒😒😒😒
Tak payah cakap la aku comel ke apa sebab aku dari dulu lagi ada rupa, comel..
Ini aku nak tau aku makin gemuk ke tak.. Tak membantu langsung..








Jadi, benda pertama yang ada dalam kepala adalah keyakinan. JIWA KENA KUAT. Setakat hagat-hangat tahik ayam baik tak payah la. Korang batalkan aje la niat murni korang utuk kurus tu. Kalau tak sampai bila pun takkan berhasil.. Pasang niat dalam hati penuh keazaman dan tekad yang tinggi.. "sahaja aku nak diet essok hari dan seterusnya sebab nak kurus dan sihat..''
Lepas tu korang tunaikan la niat tu..
Jangan lupa timbang dulu berat korang sebelum diet. Baru la korang rasa semangat nak turunkan berat badan tu. Jangan la timbang setiap hari.. Nanti penimbang tu pun stress asyik kena pijak..







Keduanya, korang kena belajar dah untuk cut air manis dan segala benda yang manis. Tapi jangan la cut terus menerus mendadak.. Nanti kau stress. Kau tak enjoy proses nak diet dan sihat tu nanti.
Caranya, korang kurangkan dulu ambik segala benda berkait ngan manis ni. Macam aku sendiri, aku ni peminat tegar kopi cap starbakk.. Dalam sehari mesti nak kena jugak air starbakk tu haaa.. Tak dapat starbakk aku pergi cari kopi ais mamak.. Kopi ais mamak punya taste sangat lahh kaaww !!!

Jadi untuk kurangkan ketagihan kopi manis starbakk tu, maka aku betukar kepada kopi Americano starbakk jugak...

Masa pertama kali kopi Americano singgah ke mulut aku, rasa kopi tu pahit likat hawauu!! Ini kalau terberak ni memang hitam pekat feses aku nih 😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂
Hahahahahahahahah.. Sengal la aku ni.. Amende aku ni tulis ni woiii.. Kotor laaaa..
😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

Tapi, sebab  nak cut jugak pengambilan benda-benda manis ni aku paksa diri aku untuk minum kopi Americano tu sampai ke titisan kopi yang terakhir..

Dan akhirnya,, aku berjaya..

Dalam seminggu tu, sekali atau dua kali je aku akan ambk air manis atau makanan manis yang lain. Terutama  Ferrero Rocher,.. ( Selera mahal-mahal sajaa.. tak sedor ke diri poket dah rabakk..).
Kuih-muih memang aku jarang ambik sebab aku tak berapa gemar kuih-muih ni..

So, gantikan la segala air manis tu dengan air kosong. Lagi sihat.. Tapi jangan la over sangat ambik air kosong pun . Kesian kat buah pinngang. Pandai-pamdai la.. Seperti kita sedia maklum, minum 1-2 liter air sehari ikut keperluan badan.








Seterusnya, jangan berlapar. Korang jangan sesekali berlapar.. Kalau ada nenek kebayan datang bagi nasihat JANGAN MAKAN NASIK, korang makan la dia balik. Bila kaorang berlapar, secara automatik diet korang hancur berdebu diterbangkan angin sepoi-sepoi bahasa. Maka, ke laut dalam lah diet korang tu..Korang kena la faham, makanan ruji negara kita adalah nasik. Kalau korang tak makan nasik tapi bedal roti je bedal mee je bedal spaghetti je, tak guna jugak,,Tinggi jugak karbohidrat tu..

Lepas tu nak salahkan nasik lagi yang menjadi punca korang gemuk berat tak turun menurun walaupun diet??

Sebenarnya korang boleh je  makan nasik dan karbohidrat yang lain. Cuma korang kena tahu jumlah kalori keperluan badan korang. Macam mana nak tahu??
Zaman dah canggih derrrr,, kau download je la kat apps..
Aku pun download calorie calculator  kat app store je..

Nak lagi senang korang buat diet Suku Suku Separuh.

Aku tak leh buat diet SSS tu, sebab iman aku hilang bila nampak makanan. Aku lebih suka berpuasa ataupun Intermittent Fasting. Setakat ni aku hanya buat IF dan puasa ganti je...
Tapi, baru je buat,. Dah berapa kali gagal dah.. Bak kata pepatah "Gagal Sekali Tak Bermakna Akan Gagal Lagi"..
Tapi untuk kes aku ni memang asyik gagal 😂😂😂😂😂😂😂










Yang seterusnya, kurangkan ambik fastfood. Yang ni pun ujian nih.. Ujian yang bukan mudah kita nak harungi, termasuklah aku 😣😣😣😣😣.. Fastfood tu bukan termaktub pada KFC , McDonaldd, A&W segala bagai je tau... Burger Ramlee pun fastfood. Nugget singgit pun fastfood.
Tapi jangan risau. Kalau korang berjaya melepasi ujian kurangkan air manis tu, maka Inshaa Allah korang akan berjaya melepasi ujian fastfood ni..
Nak cheat day pun tak salah. Nanti kempunan pulak. Cuma berpada-pada. Nanti proses nak kurus tu lambat.


Berapa  dah tu ehhb tips aku?? 😅😅😅
Tak kisah la kan berapa dah tips tu..Sebab  ni cara aku diet..
Hahahahaha..







Okay, next!!, Harus lahh WORKOUT..
Aku workout tak??? Ehh,  haruslahhh..
Aku suka buat Tabata & plank workout.
Untuk tabata aku bol;eh follow sampai habis..
Tapi untuk plank tu buat 10 saat pun dah rasa nak meninggal 😑😑😑😑😑😑😑..
Tak percaya, korang cuba la buat kalau yang beginner tu..
Tak payah nak eksyen sangat cakap ''elleehh, 10 saat je pun..small the pieces"..
Korang cuba buat dulu aku nak tengok, ada nyawa takder nyawa korang tu nanti...

Walaupun selalu pancit bila buat plank workout tu tapi aku tetap buat jugak ikut kemampuan badan aku, sebab  aku nak perut aku ni cepat kempis.. Stress aku dengan perut aku ni yang dah macam sarat tunggu nak beranak je.. Padahal mengandungkan lemak je..

Korang cuba buat macam dalam gambar kat bawah tu je.. Pancit mintak nyawa tak??






Last sekali, korang timbang la berat kau selepas korang berjaya buat macam yang aku tulis tu. Tengok hasilnya macam mana. Ada banyak lagi aku tak masukkan, macam banyakkan makan buah dan sayur..
Aku ni sejak ada Si Molly tu la aku makan buah dengan sayur.. Kalau tak memang tak la nak makan. Sebab aku cerewet bab buah dengan sayur ni,. Ulam takpe...






Ehh..Molly tu sape??,, Molly tu Sugar Glidder aku.. Menatang tu kan makan buah dan sayur selain dari makanan tambahan dia tu.. So, setakat dia sekor makan buah sebijik pun tak habis.. Jadi terpaksa la aku makan.. Paling penting jaga portion makan...


Okay la, setakat ni je la perkongsian aku kali ni. Terima kasih sebab gigih baca sampai habis..





💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗
 

Popular posts from this blog

Dah Lama Mati

Assalamualaikum. Here I come again... Try to calm and follow the flow. Aku ni dah terbiasa hidup sendiri walaupun ada suami.  Ini kan pulak bila dia dah meninggal lagi la aku rasa okay je hidup sendiri.  Rezeki tu Allah yang bagi. Setakat nak cari duit sendiri tu, Inshaa Allah boleh je. Masa dia hidup pun mana ada dia bagi duit kat aku. Kad bank gaji aku pun dia pegang, duit dia “bagi” tu duit aku la jugak. 😁😁😁😁😁 So hari ni nak cerita insiden yang berlaku masa tahlil arwah hari tu. It’s not a big deal actually. Benda ni pun agak kelakar la bagi aku..Tapi deep weii.. Sumpah deep..  Kalau korang kat tempat aku, apa yang korang buat ek?? Kisahnya macam ni tau, kan ramai yang datang ziarah. Ada yang aku kenal dan ada yang aku tak kenal. Then ada la yang hulur duit ziarah. Kebanyakannya hulur duit ziarah kat mak arwah suami aku la.  Sebab orang kampung lebih kenal mak dari aku. Aku okay je bab ni... Okay, ni part kelakar...

DYSLEXIA IS NOT AUTISM

Assalamualaikum dan hai semua.. So today aku nak share dengan korang macam mana aku treat anak aku. 1st korang kena tahu DISLEKSIA NI BUKAN AUTISM . Disleksia dan Autism ni 2 masalah yang berbeza.. Two different type of disorders. Kena faham yang ni dulu. Disleksia ni LEARNING DISORDER . Autism ni pulak DEVELOPMENTAL DISORDER (melibatkan fungsi otak).. Ehhh jap.. Habis tu Disleksia takde kaitan dengan fungsi otak ke? Ada...Mesti la ada cuma Autism ni ada gangguan fungsi neuron otak seumur hidup, while Dyslexia boleh diatasi masalahnya tu dengan  terapi bersesuaian. At first, aku detect anak aku speech delay pada umur dia 2 tahun. Masa tu tahun 2017. Masa tu aku kerja kat Kuantan. During checkup every month tu aku ada bagitahu nurse kat kk ( klinik kesihatan ) yang anak aku lambat bercakap. Hanya 2-3 patah perkataan sahaja. Dan nurse tu cakap maybe itu normal sebab anak aku takder kawan 😑😑😑😑.  Anak sulong kebanyakannya memang macam ni. Tapi bila masuk taska ke day ...

TRAGEDI DISEMBER . . . .

Assalamualaikum.. Dah masuk Februari, baru nak update blog... Sebulan sekali ke apa blog aku ni hidup.. Seperti yang aku janjikan pada entry aku yang lepas , aku janji yang aku nak cerita kenapa anak aku Raihan Batrisya kena ambik swab test Covid-19.  Kisahnya macam ni tau.. Pada Ahad, 19/12/20 aku ajak suami ke Meru untuk ziarah mentua aku sebab 24/12/20 aku, suami dan anak-anak aku ni nak balik kampung dengan ✈. Jadi aku ajak suami pergi ziarah mak sebab aku nak balik Kelantan. Masa ni dah boleh merentas negeri  tanpa syarat. Sebab tu aku ambik peluang nak balik tengok mak ayah aku. Dah lama tak jumpa Umi Baba aku. Jadi pada tarikh tu kiteorang pergi la jumpa mak.. Kiteorang memang sejak dari awal kahwin kalau nak travel mana-mana kiteorang akan jumpa mak.. Bagitau dia.. Sebab mak dah berusia, kita sendiri yang masih muda orang kata..  Tak tau bila masa kita anak sampai... Masa ni aku minta SyurgaCinta aku ambik gambar kenangan aku dengan mak, cucu-cucu.. Lama kiteorang...