Skip to main content

Nasi Ayam Paling Simple

Hai korang.. Kali ni aku nak share cara aku masak Nasi Ayam paling simple di abad ini.
Kot la korang ada resepi paling simple lagi, boleh la share jugak nanti. 
Simple-nya resepi aku ni sebab aku perap ayam pun pakai kicap JALEN dengan kicap Cap Kipas Udang je.
Aku punya resepi ni agak derhaka dari resepi asal yang aku Google merata. Aku bukan follow dan ambik satu resepi je. Banyak respi aku baca, dan akhirnya aku guna pakai semua ikut suka hati aku 😅😅😅😅..
 Setakat ni hasilnya tak pernah mengecewakan. 


Resepi asal yang aku sendiri pun tak ingat resepi sape aku baca, ayam diperap bersama madu. Tapi aku tak letak madu. Aku pernah tengok Ummi aku buat dulu bila dia letak madu, ayam tu jadi hitam berkilat.. Percubaan pertama aku dulu pun aku letak madu. Pun ayam aku aku hitam berkilat.
Untuk kali ni aku buat aku tak letak madu, aku hanya guna kicap semata-mata. Sos tiram pun aku tak letak. Aku decide tak nak guna madu dan aku tak suka madu..💁

Untuk sup pulak resepi orang lain yang aku baca, dia keringkan ayam tu dulu baru rebus sebab dia nak hilangkan lemak-lemak ayam dan hanyir ayam. Dalam resepi tu aku tengok dia keringkan ayam dalam pan panas. Katanya bila buat macam tu air ayam akan keluar. So bila rebus buat sup ayam tu tak hanyir.


Wajah asal pemilik resepi Nasi Ayam Simple
〜SharkyLemon JavaLava〜


Aku tak buat mcam tu. Cara aku, masa basuh ayam tu aku dah basuh dengan tepung gandum dan cuka. So ayam aku tu agak bersih kemaiinn hasil kejadiannya. Tak percaya? Next entry aku share petua dan tips bersihkan ayam..
 
So, jom lah kita tengok bahan-bahan apa yang aku guna untuk masak nasi ayam yang simple ni.. 

 BahanUtama
  • 👉 Ayam 1 EKOR. Terserah nak potong berapa nak potong macam mana..Takde ayam ni maka tak jadi la nasi ayam korang.


 
 
 Bahan A  (SUP NASI AYAM)
  • 👉 Batang Serai 2 diketuk ( Kebanyakan resepi aku baca dan tengok dieorang letak 1 je.. Kadang-kadang tu tak letak langsung. Tapi aku letak sebab nak bagi sup tu wangi..)
  • 👉 Bawang Besar 1 labu ( Potong besar ke kecik ke tak kisah, asalkan jangan masukkan selabu dalam periuk.. Kita nak buat sup ayam ni bukannya sup bawang..)
  • 👉 Bawang Putih 3 ulas ( Tapi aku ambik lebih. Aku guna sampai 5 ulas sebab aku suka bawang putih..Bawang putih ni korang ketuk-ketuk manja je..
  •  👉 Halia 1 inci  ( Pun aku guna lebih..Takder masa nak ukur seinci dua bagai. Aku patahkan ikut sendi halia tu je..Lepas tu potong halus..)
  •  👉 Sup Bunjut ( Kau nak letak pun takpe, tak nak pun takpe..Aku letak sebab bagi aku sup tu tak perfect tanpa sup bunjut..)
  •  👉 Kiub Ayam ( Aku tak letak sebab dah letak sup bunjut..Tapi kalau korang nak letak juga pun takder masalah..)
     
     
     
 
SUP NASI AYAM
  • 👉  Semua Bahan A tu aku rebus sekali dengan ayam yang dah dibasuh bersih dengan tepung gandum dan cuka. Nak cepat masak aku bagi air tu mendidih dulu, then aku masukkan ayam dan Bahan A. Rebus ayam tu separuh masak je..Rebus tanpa garam.
 
 
 
 
Bahan B (NASI AYAM)
  • 👉 Bawang Besar ( Aku guna separuh je lepas tu aku potong halus macam tu..)
  • 👉 Bawang Putih 3 ulas. ( Untuk tumis bahan nak letak dalam nasi ayam ni tak boleh guna banyak bawang putih. Nanti rasa dan bau nasi ayam tu agak lain macam sikit..)
  • 👉 Halia 1 inci.. ( Lebih kurang la 1 inci tu,. Aku tak ukur pun, main agak je..)
  • 👉 Bunga Lawang dan Kulit Kayu Manis sikit..( Jangan banyak nanti nasi ayam tu tak sedap..)

 
 
Semua Bahan B tu aku tumis sampai garing guna marjerin Pelangi. Banyak mana nak letak ikut suka korang la. Tapi aku terlebih letak banyak tu. Nasib baik tak muak rasa nasi ayam aku..😅😅😅😅
 
 
 
  
Bila dah garing Bahan B, aku pun tuang la semua tu kedalam periuk beras yang dah siap dibasuh bersih.  Dan.., aku tuang jugak sup ayam yang aku masak awal-awal tadi. Kacau rata..
 
Untuk Sup tu nanti kau tambah la air sikit lepas tu masukkan garam. Dalam sup nasi ayam aku tu aku masukkan kaki ayam dan isi ayam sikit. Sebab anak-anak aku ni kadang-kadang tak makan ayam goreng. So, aku masukkan isi ayam tu sikit dalam sup ayam kot la anak-anak aku nak makan.

Next step, baca caption pada gambar je la..😅😅 Aku akan taip tambah mana yang perlu je..

 


 
 

 
 

 
Kenapa letak cuka? Sebab nak bagi ayam tu berkilat sikit lepas dah siap goreng.
 
 

 
 
Segala sukatan perapan ayam tu aku pakai sudu seperti yang aku mention. Tapi kalau korang nak pakai sudu korang yang korang dah biasa guna untuk sukat tu tak der masalah. Korang agak la sendiri banyak mana nak letak. Cuma cuka tu cukup 1 sudu kecik je. Nak perap ayam je bukan buat Acar Timun..

 
 
 
Ayam tu agak rentung sebab aku masak sambil main game dalam HP😑😑
 
 

 
 
 

 
Nampak serai tu mesti korang terbayangkan rasa serai tu kan?? JANGAN risau. Takder rasa sangat pun serai tu. The taste sangat memuaskan.
 
 
 
 



 SEDIA UNTUK DIMAKAN
 
 
 
Budak kecik ni paling cerewet makan kalau dengan aku. Duk dengan pengasuh dia elok pulak telan nasi dengan lauk maca-macam. Bila balik rumah susah teramat nak makan.. Memilih sangat..😒😒😒😒


  

Si abang pulak langsung tak memilih. Tolak batu kayu je. Tapi sayur wajib ada. Terutama ulam timun. Dia memang suka sayur. Bagi la sayur apa pun semua dia telan. Petai je dia tak telan. Busuk katanya..😂😂😂😂😂
 
                                                       

                                                          Sekian, terima kasih.


                                                       

Popular posts from this blog

Dah Lama Mati

Assalamualaikum.... Here I come again... Try to stay calm and follow the flow. Sebelum ni dah terbiasa hidup sendiri walaupun ada suami.  Ini kan pulak bila dia dah meninggal lagi la aku rasa okay je hidup sendiri.  Rezeki tu Allah yang bagi. Setakat nak cari duit sendiri tu, Inshaa Allah boleh je. Masa dia hidup pun mana ada dia bagi duit kat aku. Kad bank gaji aku pun dia pegang, duit dia “bagi” tu duit aku la jugak. 😁😁😁😁😁 Banyak benda nak story kat sini, tapi takpe laa.. Biar la semua story tu aku private kan aje.. Bagi anak aku baca je nanti bila dia dah besar. Hopefully Google tak padam Blog ni. Sebab kadang Blog ni dah jadi online diary aku... Cuma mana story yang patut private aku letak private. Time heal everything even it will leave a deep scar inside  😢

DYSLEXIA IS NOT AUTISM

Assalamualaikum dan hai semua.. So today aku nak share dengan korang macam mana aku treat anak aku. 1st korang kena tahu DISLEKSIA NI BUKAN AUTISM . Disleksia dan Autism ni 2 masalah yang berbeza.. Two different type of disorders. Kena faham yang ni dulu. Disleksia ni LEARNING DISORDER . Autism ni pulak DEVELOPMENTAL DISORDER (melibatkan fungsi otak).. Ehhh jap.. Habis tu Disleksia takde kaitan dengan fungsi otak ke? Ada...Mesti la ada cuma Autism ni ada gangguan fungsi neuron otak seumur hidup, while Dyslexia boleh diatasi masalahnya tu dengan  terapi bersesuaian. At first, aku detect anak aku speech delay pada umur dia 2 tahun. Masa tu tahun 2017. Masa tu aku kerja kat Kuantan. During checkup every month tu aku ada bagitahu nurse kat kk ( klinik kesihatan ) yang anak aku lambat bercakap. Hanya 2-3 patah perkataan sahaja. Dan nurse tu cakap maybe itu normal sebab anak aku takder kawan 😑😑😑😑.  Anak sulong kebanyakannya memang macam ni. Tapi bila masuk taska ke day ...

The Struggle...

Part Two Hai guys ,,,, I'm back.....  😎 So hari tu aku dah intro sikit pasal anak aku kan. Boleh klik sini  kalau  ada yang tak baca lagi. Okay , so lepas aku kahwin dengan Papa baru Rizqi, our life getting better and better ( even ada makcik penyondol yang sengal meroyan ntah apa-apa). Biasa la, dia meroyan sebab dia penyondol, aku takkk 😆😆😆😆😆😆😆 Time by time day by day aku perasan anak aku ni lambat bercakap. Kalau dia nak sesuatu, dia just sebut "nak" lepas tu dia tunjuk kat barang apa dia nak. Stress tau kadang.. Sampai la dia umur 3 tahun aku bagitau nurse klinik kesihatan yang menjaga anak aku ni. Setiap kali aku bagitau yang aku syak anak aku ni  speech delay setiap kali tu la nurse cakap  kat aku   :: ..... "ibu jangan risau, anak ni okay je.. biasa laa tu..anak 1st..takde adik..lagipun belum sekolah lagi...." ..... Eeehhh takkk sekarang ni mesti la aku risau sebab perkembangan anak aku tak sama macam dalam buku biru tu. Bila aku ...