Skip to main content

BANTAL LEYNA

Bantal LEYNA
Bukan sekadar bantal tidur biasa.
 
 
 ---------------------------------
KELEBIHAN BANTAL LEYNA
  --------------------------------- 
 

 
 
MATERIAL  
Cotton berkualiti tinggi yang tidak menyerap lembapan, tidak memerangkap habuk dan debu. Sesuai sangat ni kalau korang ada masalah asma ataupun anak korang ada asma.. Bantal ni bukan merawat tapi mengurangkan kejadian semput tu..Sebab bantal ni susah nak melekat habuk.. Melainkan kalau korang jenis letak merata bantal dipijak-pijak.. Lain la jadinya...Kain pun sangat lembut, selesa.. Sesuai digunakan untuk semua peringkat umur dan jantina.
Ada custumor aku dia guna untuk baby dia. 💓💓
 
CORAK MODEN & EKSKLUSIF
Rekaan moden dan eksklusif satu-satunya yang ada di Malaysia dan jahitan piping kemas manampakkan lagi kualiti bantal yang menjadi pilihan seisi keluarga. Bantal LEYNA ni sesuai sangat dibawa travel, ada  woven bag lagi tau, memudahkan percutian korang dengan family tersayang. Coraknya pulak cantik dan mewah menjadi pilihan ramai untuk dijadikan hadiah kepelbagaian majlis termasuk dijadikan sebagai hadiah hantaran kahwin.  Korang yang nnak kahwin tu mintak je hantaran set bantal LEYNA. Lena tidur malam pertama nanti.. Haaa gittcchhuuwww...💋💋

SAIZ
Terdapat 2 jenis saiz bantal yang boleh dipadankan mengikut kesesuaian umur dan keselesaan korang. LEYNA PETITE sesuai di bawa travel kerana saiznya yang kecil molek. Kalau balik kampung tapi nak nak fefeeling tidur atas bantal hotel, pilihla LEYNA FAVOURITE. Nak dekorasi ruang tempat duduk yang kosong atau sofa? LEYNA CUSHION pun ada..LEYNA BOLSTER pun ada buat teman tidur malam..Gebu sangat bila peluk...😊😊

BOLEH SELARASKAN KETINGGIAN
Bantal LEYNA mempunyai zip yang tersembunyi di tepi, berfungsi untuk membantu korang menyelaraskan ketinggian mengikut keselesaan korang ketika tidur. Keluarkan sahaja isian bantal mengikut ketinggian yang korang nak..Jangan buang pulak lebihan isian yang korang keluarkan tu. Simpan.. Esok lusa nak laraskan balik boleh masukkan balik..👍👍

BOLEH CUCI DENGAN MESIN BASUH
Kalau bantal dah kotor tak payah susah nak tepuk-tepuk jemur. Masukkan aje dalam mesin basuh dan keringkan kalau ada mesin pengering. Nak basuh kat dobi pun boleh.. Takder hal la setakat bantal bau kepam tu, sebab boleh ke dobi basuh. Senang kan???

So tunggu apa lagi????

Klik simbol mesej kat sebelah kanan bawah sekali dalam blog aku ni..
Roger aku kalau nak risik bantal LEYNA ni ya..






 

Popular posts from this blog

Dah Lama Mati

Assalamualaikum.... Here I come again... Try to stay calm and follow the flow. Sebelum ni dah terbiasa hidup sendiri walaupun ada suami.  Ini kan pulak bila dia dah meninggal lagi la aku rasa okay je hidup sendiri.  Rezeki tu Allah yang bagi. Setakat nak cari duit sendiri tu, Inshaa Allah boleh je. Masa dia hidup pun mana ada dia bagi duit kat aku. Kad bank gaji aku pun dia pegang, duit dia “bagi” tu duit aku la jugak. 😁😁😁😁😁 Banyak benda nak story kat sini, tapi takpe laa.. Biar la semua story tu aku private kan aje.. Bagi anak aku baca je nanti bila dia dah besar. Hopefully Google tak padam Blog ni. Sebab kadang Blog ni dah jadi online diary aku... Cuma mana story yang patut private aku letak private. Time heal everything even it will leave a deep scar inside  😢

DYSLEXIA IS NOT AUTISM

Assalamualaikum dan hai semua.. So today aku nak share dengan korang macam mana aku treat anak aku. 1st korang kena tahu DISLEKSIA NI BUKAN AUTISM . Disleksia dan Autism ni 2 masalah yang berbeza.. Two different type of disorders. Kena faham yang ni dulu. Disleksia ni LEARNING DISORDER . Autism ni pulak DEVELOPMENTAL DISORDER (melibatkan fungsi otak).. Ehhh jap.. Habis tu Disleksia takde kaitan dengan fungsi otak ke? Ada...Mesti la ada cuma Autism ni ada gangguan fungsi neuron otak seumur hidup, while Dyslexia boleh diatasi masalahnya tu dengan  terapi bersesuaian. At first, aku detect anak aku speech delay pada umur dia 2 tahun. Masa tu tahun 2017. Masa tu aku kerja kat Kuantan. During checkup every month tu aku ada bagitahu nurse kat kk ( klinik kesihatan ) yang anak aku lambat bercakap. Hanya 2-3 patah perkataan sahaja. Dan nurse tu cakap maybe itu normal sebab anak aku takder kawan 😑😑😑😑.  Anak sulong kebanyakannya memang macam ni. Tapi bila masuk taska ke day ...

The Struggle...

Part Two Hai guys ,,,, I'm back.....  😎 So hari tu aku dah intro sikit pasal anak aku kan. Boleh klik sini  kalau  ada yang tak baca lagi. Okay , so lepas aku kahwin dengan Papa baru Rizqi, our life getting better and better ( even ada makcik penyondol yang sengal meroyan ntah apa-apa). Biasa la, dia meroyan sebab dia penyondol, aku takkk 😆😆😆😆😆😆😆 Time by time day by day aku perasan anak aku ni lambat bercakap. Kalau dia nak sesuatu, dia just sebut "nak" lepas tu dia tunjuk kat barang apa dia nak. Stress tau kadang.. Sampai la dia umur 3 tahun aku bagitau nurse klinik kesihatan yang menjaga anak aku ni. Setiap kali aku bagitau yang aku syak anak aku ni  speech delay setiap kali tu la nurse cakap  kat aku   :: ..... "ibu jangan risau, anak ni okay je.. biasa laa tu..anak 1st..takde adik..lagipun belum sekolah lagi...." ..... Eeehhh takkk sekarang ni mesti la aku risau sebab perkembangan anak aku tak sama macam dalam buku biru tu. Bila aku ...