Skip to main content

Resepi Kari Ayam Ikut Cara Aku


Assalamualaikum..
Selamat petang semua. Hari ni aku nak share resepi kari ayam simple je.
Resepi ni main campak-campak je ikut suka hati aku..
So, kalau ada yang rasa macam resepi ni tak betul je, jangan follow.
Ini aku punya style 😁😁😁
Sebenarnya resepi ni resepi dari Ummi aku..
Tapi bila aku dah start pegang senduk aku dah tak boleh follow the rules..
Aku masak je ikut cara aku..
Ada yang sama macam aku tak??

😎😎😎😎😎😎😎😎😎

Okay, resepinya macam ni ::
  
  • 1st, kena ada ayam.. Takder ayam benda ni takkan jadi kari ayam. Basuh dulu ayam tu sebelum nak masak.. Cara aku, masa nak basuh tu aku bedakkan dulu dengan tepung gandum sikit. Lepas tu gaul-gaul sebati..Then bilas sampai ayam tu takder keluarkan warna keruh darah.. Jangan lupa buang kulit dan segala lemak darah beku ayam tu.. Aku lebih suka buang segala benda tu sebab semua tu mengundang lemak dan kolestrol bertapak dalam badan.. Bila dah gemuk mula la salahkan ayam... Tak pasal ayam kena fitnah... Bila dah basuh ayam tu dengan tepung gandum, memang macam putih melepak kejadiannya. Memang sejuk mata memandang..Bau hamis hanyir ayam pun kurang.. 
  • 2nd, kena ada bawang.. Bawang je. Makcik bawang tak perlu. Bawang tu ambik la bawang putih 2 ulas, bawang merah yang kecik-kecik tu 5-6 ulas. Bawang Holand selabu. Semua tu blend hancur.. A few orang tak blend kan?  Dieorang akan mayang halus-halus nipis-nipis... Tapi cara aku, aku blend je semua...Aku ni suka letak banyak bawang.. Sebab bau bawang bila ditumis dengan rempah 3-4 beradik tu bau sedap sangat... 
  • 3rd, benda alah yang 3-4 beradik tu.. Bunga Lawang, Bunga Cengkih, Buah Pelaga, Kayu Manis. Kenapa dipanggil 3-4 beradik? Aku tak tau.. Penggunaan benda alah ni ikut kesesuaian citarasa korang..Macam aku, aku suka guna 3 beradik je yaitu Bunga Lawang, Buah Pelaga, Kayu Manis.. Tumis benda alah ni dulu.. Jangan sampai garing sebab nak masukkan bawang-bawang yang di blend tu pulak.. Bila 3-4 beradik ni bertemu dengan bawang di dalam periuk maka tumislah mereka bersama..
  • 4th, Serbuk Kari... Serbuk kari ni terserah kat korang nak guna brand apa.. Aku lebih suka Cap Adabi.. Sebab Adabi melazatkan, Adabi menyelerakan. Mengandungi pelbagai rempah. Melazatkan kari dan kuah.... Haaaa.. gittuuww.. Ternyanyi ke uoollss.. 😂😂😂😂😂😂. Serbuk kari ni korang guna satu pek Serbuk Kari Ayam, masukkan ke dalam mangkuk, campur air sikit.. Jadikan ala-ala pes kari... Bila bahan-bahan tumis 3-4 beradik dengan bawang tu macam dah nak garing, tuang pes kari tu ke dalam periuk.. Gaul sebati.. Tunggu sampai pecah minyak.
  • 5th, Asam Jawa.. Asam jawa ni aku letak sikit sebab nak bagi ada rasa masam-masam sikit kari aku.. Aku guna Asam Jawa cap Adabi .. Yang dah siap lenyek takder biji tu.. Ambik je satu sudu kecik, campur air sikit.. Lepas tu tuang ke dalam periuk lepas kari tu dah pecah minyak..
  • 6th, Gula dan Garam.. Yang ni better less sugar less salt.. Untuk jaga kesihatan jangka masa panjang.. Style aku, takder letak Gula.. Garam tu setakat ada rasa sikit-sikit je.. 
  • 7th, Stok Ayam.. Yang ni kalau kau nak letak pun takpe, tak nak pun takpe.. Aku letak je sebab nak bagi rasa tu lagi ummpphhh...
  • 8th,..Last sekali..Masukkan la ayam tadi... Lupa nak bagitau tadi.. Ayam tu kalau nak sedap bila nak makan, potong  macam saiz ayam singgit.. Tak kecik tak besar.. Tunggu la kari tu menggelegak dua tiga kali...Agak-agak ayam dah masak tu, tutup la api...
Siappp... dan boleh dihidangkan..

Senangkan?? 
Perasan tak yang kari aku takder santan.. Kari ayam tu hanya ada ayam semata-mata ayam je kan? Takder kentang pulak tu.. Sebab aku lupa nak letak kentang... Sebab tu takder kentang.. 
Nak sedap nak macam meriah sikit korang letak la kentang or lain-lain bahan mcam cili besar ke.. Nampak meriah dan colourful sikit..
Aku ni bab makan ni hal-hal decoration ke laut.. Janji benda tu sedap ada rasa..
Dalam perut bertemu jua.. Sampai masa membuang jugak...



Popular posts from this blog

Dah Lama Mati

Assalamualaikum. Here I come again... Try to calm and follow the flow. Aku ni dah terbiasa hidup sendiri walaupun ada suami.  Ini kan pulak bila dia dah meninggal lagi la aku rasa okay je hidup sendiri.  Rezeki tu Allah yang bagi. Setakat nak cari duit sendiri tu, Inshaa Allah boleh je. Masa dia hidup pun mana ada dia bagi duit kat aku. Kad bank gaji aku pun dia pegang, duit dia “bagi” tu duit aku la jugak. 😁😁😁😁😁 So hari ni nak cerita insiden yang berlaku masa tahlil arwah hari tu. It’s not a big deal actually. Benda ni pun agak kelakar la bagi aku..Tapi deep weii.. Sumpah deep..  Kalau korang kat tempat aku, apa yang korang buat ek?? Kisahnya macam ni tau, kan ramai yang datang ziarah. Ada yang aku kenal dan ada yang aku tak kenal. Then ada la yang hulur duit ziarah. Kebanyakannya hulur duit ziarah kat mak arwah suami aku la.  Sebab orang kampung lebih kenal mak dari aku. Aku okay je bab ni... Okay, ni part kelakar...

DYSLEXIA IS NOT AUTISM

Assalamualaikum dan hai semua.. So today aku nak share dengan korang macam mana aku treat anak aku. 1st korang kena tahu DISLEKSIA NI BUKAN AUTISM . Disleksia dan Autism ni 2 masalah yang berbeza.. Two different type of disorders. Kena faham yang ni dulu. Disleksia ni LEARNING DISORDER . Autism ni pulak DEVELOPMENTAL DISORDER (melibatkan fungsi otak).. Ehhh jap.. Habis tu Disleksia takde kaitan dengan fungsi otak ke? Ada...Mesti la ada cuma Autism ni ada gangguan fungsi neuron otak seumur hidup, while Dyslexia boleh diatasi masalahnya tu dengan  terapi bersesuaian. At first, aku detect anak aku speech delay pada umur dia 2 tahun. Masa tu tahun 2017. Masa tu aku kerja kat Kuantan. During checkup every month tu aku ada bagitahu nurse kat kk ( klinik kesihatan ) yang anak aku lambat bercakap. Hanya 2-3 patah perkataan sahaja. Dan nurse tu cakap maybe itu normal sebab anak aku takder kawan 😑😑😑😑.  Anak sulong kebanyakannya memang macam ni. Tapi bila masuk taska ke day ...

TRAGEDI DISEMBER . . . .

Assalamualaikum.. Dah masuk Februari, baru nak update blog... Sebulan sekali ke apa blog aku ni hidup.. Seperti yang aku janjikan pada entry aku yang lepas , aku janji yang aku nak cerita kenapa anak aku Raihan Batrisya kena ambik swab test Covid-19.  Kisahnya macam ni tau.. Pada Ahad, 19/12/20 aku ajak suami ke Meru untuk ziarah mentua aku sebab 24/12/20 aku, suami dan anak-anak aku ni nak balik kampung dengan ✈. Jadi aku ajak suami pergi ziarah mak sebab aku nak balik Kelantan. Masa ni dah boleh merentas negeri  tanpa syarat. Sebab tu aku ambik peluang nak balik tengok mak ayah aku. Dah lama tak jumpa Umi Baba aku. Jadi pada tarikh tu kiteorang pergi la jumpa mak.. Kiteorang memang sejak dari awal kahwin kalau nak travel mana-mana kiteorang akan jumpa mak.. Bagitau dia.. Sebab mak dah berusia, kita sendiri yang masih muda orang kata..  Tak tau bila masa kita anak sampai... Masa ni aku minta SyurgaCinta aku ambik gambar kenangan aku dengan mak, cucu-cucu.. Lama kiteorang...