Skip to main content

Interview Sempoi






Sebut je interview mesti ramai yang gelabah.. Gelabah sebab tak tau apa soalan yang bakal ditanya..
Gelabah takut gagap nak jawab soalan bila ditanya..
Betul tak?

Macam aku dulu, masa dapat surat temuduga Jururawat, aku tak rasa apa pun. Biasa je..
Ummi Baba aku je yang nak sangat aku hadir interview tu.
Masa tu aku tengah buat part time jadi cikgu kat pusat Qiraati..
Baru habis SPM kan.. So, nak cari duit poket sendiri la.

Macam mana aku boleh dapat surat temuduga Jururawat tu?

Susah nak jawab soalan ni, sebab tak semua orang dapat rezeki macam yang aku dapat ni.
Aku isi SPA8 lepas habis SPM. Masa tu aku tak tahu pun amende la SPA8 ni.. Aku isi pun sebab ikut kawan-kawan. Masa tu tahun 2007...
Pertengahan tahun 2008 aku dapat surat temuduga tu.. Hujung tahun 2008, dalam bulan 10 kalau tak silap aku, kena hadir temuduga tu.
Tahun tu aku kena pergi temuduga kat Pasir Mas Kelantan..
Jauh gila dari rumah aku.. Aku stay kat Kota Bharu..

Gigih tau Ummi Baba aku sediakan segala info dan pakaian untuk aku hadir temuduga..
Baba aku siap suruh aku hafal nama-nama menteri terutama Menteri Kesihatan.
Baba aku kan cikgu, so bab pakaian formal memang dia take it serious.
Siap ajar aku macam mana nak jawab soalan pegawai yang akan temuduga aku tu nanti..

Disebabkan aku anak yang solehah maka aku ikut la segala arahan Baba aku 😂😂😂😂

Bila dah sampai turn aku untuk ditemuduga, baru aku rasa gelabah..
Tapi aku acah-acah cool je..
Ada tiga orang pegawai yang temuduga aku...

Macam-macam soalan yang dieorang tanya aku.
Yang peliknya soalan dieorang lansung takder kena mengena dengan jawatan yang ditawarkan kepada aku.

Antara soalan dieorang yang msih aku ingat ::

1) Boleh cakap Arab tak sebab dalam borang ni awak tulis awak sekolah Maahad dan boleh cakap Arab....
Aku macam 😌😌😌 Seriously?? Aku selamba je la cakap Arab yang basic macam masmuki, kaifahaluka, sabahalkhair.. Lepas tu aku tanya pegawai-pegawai tu balik, faham ke?😅😅 Selamba je kan aku tanya dieorang... Lepas tu dieorang gelak...

2) Tahu masak tak sebab kat dalam borang ni awak tulis awak pandai masak...
Masa tu pulak aku baru belajar masak kari dengan Ummi aku. So, yakin la aku jawab aku pandai masak kari siap bagi resepi lagi..

3) Dalam Malaysia ada berapa wilayah?
Dengan yakin aku jawab ada 3 wilayah... Wilayah Persekutuan, Wilayan Labuan, Wilayah Celcom..
😂😂😂😂 Aku pun tak tau kenapa aku jawab Wilayah Celcom....
Dierang pandang aku dengan muka pelik.... Aku diam je la sebab salah jawab...

4) Saya nak awak cat walk...
Masa ni aku cuak... Kenapa nak kena cat walk... Cat walk tu dalam kepala aku masa tu adalah cara  perempuan gedik berjalan.. Aku tanya balik.. Tak dosa ke saya cat walk..Saya ex-student Maahad. Dan salah seorang pegawai tu tegur aku.. ''Awak ni banyak soal bila kami bagi arahan..Why just not you do just like what I said.." Aku jawab lagi..' Saya rasa perbuatan ni tak betul..."
Finally dia suruh aku duduk...

5) Andai awak seorang Jururawat dan awak ditempatkan di kawasan pendalaman.. Apa perasaan awak..?
Aku jawab... '' saya okay je kat mana-mana pun..." 
Pegawai tu pun cakap dia nak letak aku kat Sabah Sarawak.. Aku pun cakap memang Sabah Sarawak tempat aku nak sebab nak naik perahu nak naik kapal terbang...
Pegawai-pegawai tu angguk kepala je la dengar jawapan aku..

6) Andai awak dah kahwin.. Kahwin pulak dengan doktor.. Lepas tu dia suruh awak berhenti kerja.. Duk je kat rumah.. Jaga anak, jaga suami.. Apa awak nak buat..?
Aku jawab.. Kena bincang dulu.. Kenapa nak saya berhenti kerja? Awak kenal saya masa saya jadi nurse, dah kahwin guna kuasa vito pulak,,...,Menyesal la kahwin dengan awak..
Lepas tu pegawai-pegawai tu tegur aku.. Jangan melawan macam tu.. Tak baik.. Bincang elok-elok.. Jangan sampai bercerai.. Perkahwinan ni ikatan yang suci...

Banyak lagi la soalan.. Itu antara soalan yang aku ingat sangat sebab masa tu pegawai-pegawai tu cakap kat aku kalau aku dapat jadi Jururawat tolong jangan garang sangat.. Tegas takpe.. Garang jangan.. Kena belajar jadi hipokrit sikit sebab nanti nak berdepan dengan pelbagai ragam manusia.

Bila dah settle interview, salah seorang pegawai ucapkan Good Luck kat aku.

Keluar dari bilik temuduga Baba aku terus tanya macam-macam sebab dia kata aku lama sangat kat dalam..
Aku cakap la mcam tak dapat je, sebab pegawai-pegawai tu takder tanya soalan yang berkaitan dengan kesihatan langsung..

Baba aku diam je la..
Aku lagi la tak mengharap apa-apa..

Tak lama selepas tu, aku dapat surat tawaran Diploma Kejururawatan di Kolej Kejururawatan Alor Star, Kedah. ( Sekarang dah tukar jadi ILKKM Alor Star ) .. Kena lapor diri untuk kemasukan
Januari 2009...

Dapat sambung belajar jadi nurse rupanya aku...

Baba aku cakap, maybe sebab pegawai-pegawai tu tengok aku yakin jawab soalan walaupun jawapan tu salah. Sebenarnya masa temuduga tu dieorang nak tengok level keyakinan kita bila berkomunikasi..
Katanya Baba aku..
Aku pun angguk je la...

Maka, bermula 1/1/2009 AKU DAH BERGELAR JURURAWAT PELATIH.

Next entry aku story pulak macam mana aku boleh blah dari sana dan continue study kat Kelantan pulak...


Mcam ni la kedudukan aku masa interview.. 
Aku rasa gelabah jugak la..


Popular posts from this blog

Dah Lama Mati

Assalamualaikum.... Here I come again... Try to stay calm and follow the flow. Sebelum ni dah terbiasa hidup sendiri walaupun ada suami.  Ini kan pulak bila dia dah meninggal lagi la aku rasa okay je hidup sendiri.  Rezeki tu Allah yang bagi. Setakat nak cari duit sendiri tu, Inshaa Allah boleh je. Masa dia hidup pun mana ada dia bagi duit kat aku. Kad bank gaji aku pun dia pegang, duit dia “bagi” tu duit aku la jugak. 😁😁😁😁😁 Banyak benda nak story kat sini, tapi takpe laa.. Biar la semua story tu aku private kan aje.. Bagi anak aku baca je nanti bila dia dah besar. Hopefully Google tak padam Blog ni. Sebab kadang Blog ni dah jadi online diary aku... Cuma mana story yang patut private aku letak private. Time heal everything even it will leave a deep scar inside  😢

DYSLEXIA IS NOT AUTISM

Assalamualaikum dan hai semua.. So today aku nak share dengan korang macam mana aku treat anak aku. 1st korang kena tahu DISLEKSIA NI BUKAN AUTISM . Disleksia dan Autism ni 2 masalah yang berbeza.. Two different type of disorders. Kena faham yang ni dulu. Disleksia ni LEARNING DISORDER . Autism ni pulak DEVELOPMENTAL DISORDER (melibatkan fungsi otak).. Ehhh jap.. Habis tu Disleksia takde kaitan dengan fungsi otak ke? Ada...Mesti la ada cuma Autism ni ada gangguan fungsi neuron otak seumur hidup, while Dyslexia boleh diatasi masalahnya tu dengan  terapi bersesuaian. At first, aku detect anak aku speech delay pada umur dia 2 tahun. Masa tu tahun 2017. Masa tu aku kerja kat Kuantan. During checkup every month tu aku ada bagitahu nurse kat kk ( klinik kesihatan ) yang anak aku lambat bercakap. Hanya 2-3 patah perkataan sahaja. Dan nurse tu cakap maybe itu normal sebab anak aku takder kawan 😑😑😑😑.  Anak sulong kebanyakannya memang macam ni. Tapi bila masuk taska ke day ...

The Struggle...

Part Two Hai guys ,,,, I'm back.....  😎 So hari tu aku dah intro sikit pasal anak aku kan. Boleh klik sini  kalau  ada yang tak baca lagi. Okay , so lepas aku kahwin dengan Papa baru Rizqi, our life getting better and better ( even ada makcik penyondol yang sengal meroyan ntah apa-apa). Biasa la, dia meroyan sebab dia penyondol, aku takkk 😆😆😆😆😆😆😆 Time by time day by day aku perasan anak aku ni lambat bercakap. Kalau dia nak sesuatu, dia just sebut "nak" lepas tu dia tunjuk kat barang apa dia nak. Stress tau kadang.. Sampai la dia umur 3 tahun aku bagitau nurse klinik kesihatan yang menjaga anak aku ni. Setiap kali aku bagitau yang aku syak anak aku ni  speech delay setiap kali tu la nurse cakap  kat aku   :: ..... "ibu jangan risau, anak ni okay je.. biasa laa tu..anak 1st..takde adik..lagipun belum sekolah lagi...." ..... Eeehhh takkk sekarang ni mesti la aku risau sebab perkembangan anak aku tak sama macam dalam buku biru tu. Bila aku ...