Assalamualaikum...
Lama Mommy tak membebel kat dalam ni.
Rasanya tak terlewat lagi untuk Mommy ucapkan Happy BornDay untuk putri kesayangan Mommy ni.
Lagipun masih di bulan Mei lagi kan..
Pada Mei 2018 lahirlah kamu ke dunia yang penuh tipu daya ni..
Happy BornDay Yayan...Genap 2 tahun umur awak tahun ni...
Semoga membesar dengan sihat dengan penuh kecerdasan dan kebijaksanaan.
Terima kasih kerana kuat bertahan didalam rahim Mommy meskipun waktu tu macam-macam dugaan yang datang..
Early contraction, bleeding..
Dan akhirnya Yayan keluar jugak ke dunia ni pada usia kandungan genap 36minggu.
Yayan ni late preterm baby tau..Masa keluar tu Yayan senyap je tak nangis. Tachypnic pulak tu.
kena duk dalam NICU semalaman..On oxygen.. Nasib baik takder apa-apa yang teruk berlaku.
Tahun ni kita celebrate BornDay awak ni dalam musim pkp 😅😅😅, bulan puasa pulak tu..
Jenuh la nak menunggu waktu berbuka..
Pulut kuning tu Mommy order dengan workmates Mommy, Kak Nik Zaiton.. Sedaappp..
![]() |
Hadiah Yayan yang Ummi Abah bagi.. Ummi Abah ni pernah jaga Yayan masa Mommy kerja, bukan orang lain.. Kak Nik tu jugak..😁😁

Cantik kan pulut ni. Sedap pun sedap... Mommy order dengan ayam percik sekali...
Percik tu pun sedap...
Rizqi pun tak sabar nak potong pulut tu 😁😁😁
❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️
Terima kasih kerana melengkapkan Mommy dan Papa.
Mommy dan Papa sayangkan Yayan dan Iqi.
