Skip to main content

Hari Ibu . . Mak . . Mommy . . Ummi . . Mek . . Mama . . Ma . . . . . .🌹🌹🎉🎉



Hari ni Hari Mak ke ?? Aku tengok kat Facebook ramai wish Happy Mother's Day. Aku yang dah jadi mak ni pun tak ingat hari ni hari mak 😅😅😅 ...

Well, Selamat Hari Mak la kat diri sendiri 😁😁😁.. Selamat Hari Mak jugak aku ucapkan untuk Ummi aku dan Mak (mentua aku)..
 
Terima kasih Ummi sebab susah payah lahirkan Along dan besarkan Along menjadi orang walaupun hampir terkandas ke lembah kegelapan sebab terlalu ikut nafsu nak seronok dengan dunia penuih penipuan ni... (takder la gelap mana, sebab banyak tak dengar kata je...)Terima kasih kerana tak pernah jemu dan putus asa untuk terus berdoa akan anakmu yang degil ini. WITHOUT YOU I'M NOTHING !!
Ummi selalu cerita dulu aku dilahirkan songsang. Keluar kaki dulu. Masa tu tak sempat nak ke hospital. Hanya ada Opah, Mak (nenek..aku panggil Mak..)..dan jiran Opah aku yang menemani Ummi aku. Baba masa ni tengah kerja kot... Masa ni Ummi cakap semua ingat Ummi dan pendek nyawa 😓😓😭😭.. Asyik panggil nama Ummi tak bagi Ummi terlelap.. Tak lama lepas tu JM ( Jururawat Masyarakat) sampai dan akhirnya aku selamat dilahirkan.. Ummi aku cakap JM tu kata Ummi bertuah sebab lahirkan aku yang songsang pun perjalanan tu mudah. Aku selamat, Ummi selamat. 





Kecik-kecik dulu masa Ummi duk cerita macam mana aku dilahirkan, aku buat tak tau je,.. Aku ingat Ummi aku reka cerita nak bagi aku takut sebab aku ni degil, suka melawan suka menjawab. Asal aku menjawab je Ummi aku ceramah susah payah dia nak lahirkan aku. Walaupun aku rasa cerita tu macam rekaan tapi tiap kali dengar tiap kali tu jugak la rasa takut. Rasa sedih. Rasa berdosa... Tapi tu la.. Jenis manusia pendosa ni mana pernah serik selagi tak diturunkan ujian 😔😔😔...
Aku ingat lagi satu hari tu aku join tournament taekwando sekolah. Balik training muka lebam. Biasa la.. Nama pun taekwando kan.. Rambut depan aku panjang, aku cover la bahagian yang lebam tu tapi Ummi nampak jugak. On the spot Ummi tak bagi terus aku join taekwando tu. Nangis aku sebab aku memang minat taekwando.. 





Ummi aku seorang yang hebat. Walaupun tak garang tapi aku lagi takut dengan Ummi aku dari Baba aku walaupun Ummi selalu kata " korang ni kalau Baba ada baiknya kalah malaikat,,kalau dengan Ummi korang baut tak tau je.."
Kenapa aku kata Ummi hebat?? Sebab Ummi mampu uruskan rumahtangga dia dan uruskan anak-anak sempurna 24 jam di mata aku.

Kecik-kecik dulu setiap minggu perabot dalam rumah Ummi aku alihkan. Dia sorang-sorang buat. Lantai rumah memang berkilat. Rak TV, almari letak barang perhiasan nak jumpa habuk pun susah.. Setiap kali Ummi sapu rumah setiap kali tu jugak diap lap apa yang patut.. Kadang-kadang mata Ummi aku tu boleh nampak bunga dia senget, langsir senget.. Aku tengok elok je 😅😅😅 ... Bab masak pulak, mintak la Ummi masak apa pun semua jadi..Tak pernah tak menjadi.. 
Bila aku dah meningkat dewasa aku mula berlagak. Kononya aku tak perlukan Ummi by my side anymore. Konon aku boleh beza mana baik mana buruk.. Apa jua masalah aku hadap aku tak pernah cerita kat Ummi sebab aku rasa aku boleh handle.. Until one day Allah uji aku dengan ujian seberat-berat ujian (bagi aku).. Terpaksa aku ceritakan semua masalah aku kat Ummi aku. Sebab aku dah tak mampu nak hadap sorang...Masa tu anak aku baru kematian bapak dia, then something bad happened after that. Aku tak mampu sorok dah..




Now, bila aku sendiri dah jadi mak baru aku tau mcam mana Ummi aku rasa sepanjang nak besarkan aku. Aku selalu cerita kat Ummi aku bila anak aku ada buat perangai comel dan panjang akal dia tu.. Then Ummi aku cakap, Tuhan bagi aku rasa awal apa yang Ummi rasa dulu.. Okay la tu.. esok-esok Inshaa Allah senangkan hati mak ayah.. Aminnnn.. Semoga makbul la kata-kata Ummi aku tu.



💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓


Ummi aku masa tahun 2016..
Cucu baru sorang...


Ummi aku sekarang 2020..
Cucu dah dua orang, nak masuk tiga dah ni..
Sorang lagi cucu tak keluar tengok dunia lagi



Buat Ummi tersayang, ampunkan segala dosa-dosa Along pada Ummi selama ni. Halalkan setiap titis susu badan Ummi yang mengalir dalam diri Along. Along sayangkan Ummi sangat-sangat walaupun Along jarang ucapkan.. Love you so much Ummi.. Tiada hari khusus untuk IBU sebab setiap hari adalah hari istimewa buat IBU.. Semoga Syurga tempatmu kelak sebagai balasan melahirkan dan membesarkan anak-anakmu Ummi 💓💓💓💓.....






💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓

.

Popular posts from this blog

Dah Lama Mati

Assalamualaikum.... Here I come again... Try to stay calm and follow the flow. Sebelum ni dah terbiasa hidup sendiri walaupun ada suami.  Ini kan pulak bila dia dah meninggal lagi la aku rasa okay je hidup sendiri.  Rezeki tu Allah yang bagi. Setakat nak cari duit sendiri tu, Inshaa Allah boleh je. Masa dia hidup pun mana ada dia bagi duit kat aku. Kad bank gaji aku pun dia pegang, duit dia “bagi” tu duit aku la jugak. 😁😁😁😁😁 Banyak benda nak story kat sini, tapi takpe laa.. Biar la semua story tu aku private kan aje.. Bagi anak aku baca je nanti bila dia dah besar. Hopefully Google tak padam Blog ni. Sebab kadang Blog ni dah jadi online diary aku... Cuma mana story yang patut private aku letak private. Time heal everything even it will leave a deep scar inside  😢

DYSLEXIA IS NOT AUTISM

Assalamualaikum dan hai semua.. So today aku nak share dengan korang macam mana aku treat anak aku. 1st korang kena tahu DISLEKSIA NI BUKAN AUTISM . Disleksia dan Autism ni 2 masalah yang berbeza.. Two different type of disorders. Kena faham yang ni dulu. Disleksia ni LEARNING DISORDER . Autism ni pulak DEVELOPMENTAL DISORDER (melibatkan fungsi otak).. Ehhh jap.. Habis tu Disleksia takde kaitan dengan fungsi otak ke? Ada...Mesti la ada cuma Autism ni ada gangguan fungsi neuron otak seumur hidup, while Dyslexia boleh diatasi masalahnya tu dengan  terapi bersesuaian. At first, aku detect anak aku speech delay pada umur dia 2 tahun. Masa tu tahun 2017. Masa tu aku kerja kat Kuantan. During checkup every month tu aku ada bagitahu nurse kat kk ( klinik kesihatan ) yang anak aku lambat bercakap. Hanya 2-3 patah perkataan sahaja. Dan nurse tu cakap maybe itu normal sebab anak aku takder kawan 😑😑😑😑.  Anak sulong kebanyakannya memang macam ni. Tapi bila masuk taska ke day ...

The Struggle...

Part Two Hai guys ,,,, I'm back.....  😎 So hari tu aku dah intro sikit pasal anak aku kan. Boleh klik sini  kalau  ada yang tak baca lagi. Okay , so lepas aku kahwin dengan Papa baru Rizqi, our life getting better and better ( even ada makcik penyondol yang sengal meroyan ntah apa-apa). Biasa la, dia meroyan sebab dia penyondol, aku takkk 😆😆😆😆😆😆😆 Time by time day by day aku perasan anak aku ni lambat bercakap. Kalau dia nak sesuatu, dia just sebut "nak" lepas tu dia tunjuk kat barang apa dia nak. Stress tau kadang.. Sampai la dia umur 3 tahun aku bagitau nurse klinik kesihatan yang menjaga anak aku ni. Setiap kali aku bagitau yang aku syak anak aku ni  speech delay setiap kali tu la nurse cakap  kat aku   :: ..... "ibu jangan risau, anak ni okay je.. biasa laa tu..anak 1st..takde adik..lagipun belum sekolah lagi...." ..... Eeehhh takkk sekarang ni mesti la aku risau sebab perkembangan anak aku tak sama macam dalam buku biru tu. Bila aku ...