Skip to main content

PKP Bakal Berakhir?




Hari ni dah masuk hari ke-106 kita berada dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).. 

Sekarang kita dalam fasa pemulihan. Walaupun dah banyak kelonggaran diberikan namun kita masih lagi kena follow SOP yang ada. Jaga jarak, gunakan hand sanitizers, cuci tangan dengan sabun.

Sekarang ni pun, kalau pergi mall aku tengok ramai yang pakai mask. Tapi pakai mask kat dagu, kat tengkuk 🙄🙄.. Bawak budak-budak pulak mask tu pakai masa kat pintu masuk je.. Lepas kena “tembak” dengan thermometers tu terus bukak mask budak-budak tu, simpan.. Tak pun bawak kat tangan hayun kiri kanan..

Aku masuk mall bawak anak-anak jugak dan aku paksa anak-anak aku put the mask on their face sejak kat rumah lagi. Tak pakai tak boleh ikut keluar. Anak aku yang umur 2 tahun tu aku belikan mask yang ada corak-corak kartun bagai. Nak tarik perhatian dia.. So far, melekat jugak la mask tu kat muka  dia melainkan time makan or menyusu..

Aku bukan nak judge parents yang tak pakaikan anak-anak dieorang mask. Tu korang punya pasal la.. Cuma kalau dah masuk mall tu walaupun pun tak penuh tapi still tempat public. At least ada la jugak precautions kalau pakaikan anak tu mask. Kalau anak tu masih baby sangat below than 1years tak pyah la beria sangat bawak berjalan kesana kesini.. Berpada-pada la.. 



Masa ni kat Setapak Central Mall.. Dari rumah lagi aku warning dieorang.. Tak nak pakai mask tak boleh keluar...😅

Masa ni pulak pergi mall yang sama jugak.. Tunggu turn nak masuk Secret Recipe..

Aku faham je kalau budak-budak ni susah nak pakai mask. Nama pun budak. Tapi kita yang adult  ni kena alert la. Tempat yang ramai orang sangat tak payah la redah masuk.
Tapi macam yang MKN pesan KKM pesan, KITA JAGA KITA.

Dalam hp aku tu hari-hari MKN hantar SMS nasihat. Macam bercinta pulak 😅😅 .. Sayang betul MKN kat aku ni.. 😆😆😆😆

Jadi, sama-sama la kita dengar nasihat mereka yang lebih arif ni.. Patuh SOP. Jangan sampai PKP Pemulihan sekarang bertukar kepada PKP Darurat sekali lagi.. Tank nak dah weii kena kurung. Walaupun aku hari-hari boleh keluar bekerja tapi tetap stress sebab tak boleh bergereak ke mana.

Anak-anak aku tu, bila aku bawak keluar dieorang punya exited macam tak pernah keluar tengok dunia.
Kesian pulak aku tengok 😅😅..

Setakat ni je la aku membebel. Jumpa lagi di entry akan datang..
 
 

Popular posts from this blog

Dah Lama Mati

Assalamualaikum. Here I come again... Try to calm and follow the flow. Aku ni dah terbiasa hidup sendiri walaupun ada suami.  Ini kan pulak bila dia dah meninggal lagi la aku rasa okay je hidup sendiri.  Rezeki tu Allah yang bagi. Setakat nak cari duit sendiri tu, Inshaa Allah boleh je. Masa dia hidup pun mana ada dia bagi duit kat aku. Kad bank gaji aku pun dia pegang, duit dia “bagi” tu duit aku la jugak. 😁😁😁😁😁 So hari ni nak cerita insiden yang berlaku masa tahlil arwah hari tu. It’s not a big deal actually. Benda ni pun agak kelakar la bagi aku..Tapi deep weii.. Sumpah deep..  Kalau korang kat tempat aku, apa yang korang buat ek?? Kisahnya macam ni tau, kan ramai yang datang ziarah. Ada yang aku kenal dan ada yang aku tak kenal. Then ada la yang hulur duit ziarah. Kebanyakannya hulur duit ziarah kat mak arwah suami aku la.  Sebab orang kampung lebih kenal mak dari aku. Aku okay je bab ni... Okay, ni part kelakar...

DYSLEXIA IS NOT AUTISM

Assalamualaikum dan hai semua.. So today aku nak share dengan korang macam mana aku treat anak aku. 1st korang kena tahu DISLEKSIA NI BUKAN AUTISM . Disleksia dan Autism ni 2 masalah yang berbeza.. Two different type of disorders. Kena faham yang ni dulu. Disleksia ni LEARNING DISORDER . Autism ni pulak DEVELOPMENTAL DISORDER (melibatkan fungsi otak).. Ehhh jap.. Habis tu Disleksia takde kaitan dengan fungsi otak ke? Ada...Mesti la ada cuma Autism ni ada gangguan fungsi neuron otak seumur hidup, while Dyslexia boleh diatasi masalahnya tu dengan  terapi bersesuaian. At first, aku detect anak aku speech delay pada umur dia 2 tahun. Masa tu tahun 2017. Masa tu aku kerja kat Kuantan. During checkup every month tu aku ada bagitahu nurse kat kk ( klinik kesihatan ) yang anak aku lambat bercakap. Hanya 2-3 patah perkataan sahaja. Dan nurse tu cakap maybe itu normal sebab anak aku takder kawan 😑😑😑😑.  Anak sulong kebanyakannya memang macam ni. Tapi bila masuk taska ke day ...

TRAGEDI DISEMBER . . . .

Assalamualaikum.. Dah masuk Februari, baru nak update blog... Sebulan sekali ke apa blog aku ni hidup.. Seperti yang aku janjikan pada entry aku yang lepas , aku janji yang aku nak cerita kenapa anak aku Raihan Batrisya kena ambik swab test Covid-19.  Kisahnya macam ni tau.. Pada Ahad, 19/12/20 aku ajak suami ke Meru untuk ziarah mentua aku sebab 24/12/20 aku, suami dan anak-anak aku ni nak balik kampung dengan ✈. Jadi aku ajak suami pergi ziarah mak sebab aku nak balik Kelantan. Masa ni dah boleh merentas negeri  tanpa syarat. Sebab tu aku ambik peluang nak balik tengok mak ayah aku. Dah lama tak jumpa Umi Baba aku. Jadi pada tarikh tu kiteorang pergi la jumpa mak.. Kiteorang memang sejak dari awal kahwin kalau nak travel mana-mana kiteorang akan jumpa mak.. Bagitau dia.. Sebab mak dah berusia, kita sendiri yang masih muda orang kata..  Tak tau bila masa kita anak sampai... Masa ni aku minta SyurgaCinta aku ambik gambar kenangan aku dengan mak, cucu-cucu.. Lama kiteorang...