Skip to main content

Rawatan Radioiodine



Hari ni aku nak share pasal Rawatan Radioiodine kat tempat aku kerja. Aku pernah share tentang ni kat Facebook personal aku long time ago. Tapi kali ni nak share kat blog akubyang sendu ni pulak. 

So, masa mula-mula aku jejak kaki kat Jabatan Perubatan Nuklear tu macam-macam benda bermain di fikiran.. Apsal Nuklear? Jadi nurse pun kena kerja berkait ngan NASA ke? 😅😅😅😅

Sehinggalah sampai masanya alu masuk kerja, baru aku faham... Dari tahun 2012 aku start kerja baru kali ni aku tahu kewujudan Jabatan Perubatan Nuklear dalam HKL ni...
🤦🏼‍♀️🤦🏼‍♀️🤦🏼‍♀️🤦🏼‍♀️


Maka, ramai la  yang tanya aku, Nuclear tu tempat apa?
Kerja macam mana? 
Jadi, aku pendekkan cerita ye...

Well, aku kerja kat Jabatan Perubatan Nuklear HKL..

SECARA RINGKASNYA ::

Tempat untuk pesakit Thyroid yang memerlukan rawatan Radioactive Iodine (Radioiodine) Therapy for Thyroid Cancer..
Thyroid ada dua ::
🔼 Hypothyroidism
🔼 Hyperthyroidism

Amende tu??? Alaaaa...cari gali sendiri la.. 😅

Radioactive Iodine Therapy ni salah satu treatment yang agak important jugak la, bertujuan untuk menghapuskan thyroid cells yang bermaharajalela di thyroid gland. 

Mana² pesakit yang admitted di Wad Radioiodine adalah pesakit yang minum iodine pada dos yang tinggi.. yang kena minum setakat 50mci or 80mci kebawah, just minum kat klinik je..tapi kena ikut pantang larang. 

Radioactive Iodine (RAI) Therapy ni ada radiasi.. nama pun radioactive kan 😅😅.. So ada pantang larang sebelum dan selepas minum..

Pesakit yang minum dos melebihi 80mci kena kuarantin dalam wad sekurangnya 5hari.. Admitted hari Isnin dan balik hari Jumaat. Tapi pesakit kena sambung lagi kuarantin 3 hari kat rumah.. Sebab half-life iodine 8hari...So, kena kuarantin 8hari..



Pantang larang sebelum minum RAI ::
❌Stop makan ubat Carbimazole 7hari sebelum tarikh minum RAI
❌Stop makan ubat Thyroxin sebulan sebelum tarikh minum RAI
❌Stop makan seafood termasuk ikan 7hari sebelum tarikh minum RAI
❌Stop makan any produk tenusu termasuk cheese ke keju ke susu ke cheesy wedges ke or apa jua makanan yang berkaitan 7hari sebelum tarikh minum RAI
❌Stop makan sebarang coklat jugak tau 7hari sebelum tarikh minum RAI.
❌Stop makan KUNING TELUR 7hari sebelum tarikh minum RAI
❌Stop makan sebarang supplement luar terutama yang berunsurkan gamat, spirulina 1bulan sebelum tarikh minum RAI

Pantang larang selepas minum RAI ::
(Out patient - yang walk in ke ward dan balik umah terus lepas minum RAI)
❌ KUARANTIN kat rumah sekurangnya 8 hari
❌ TAK BOLEH nak singgah² pasar ke shopping mall ke apa ke..Terus balik rumah. Jangan sebarkan radiasi pada mereka yang sihat.
❌ Basuh baju asing, jangan campur dengan ahli keluarga yang lain. Digalakkan cuci by hand je..Untuk elak sebaran radiasi. Nak guna mesin basuh make sure tak campur ngan baju orang lain..
❌ TAK BOLEH MASAK melainkan untuk diri sendiri.
❌ Pinggan mangkuk tak boleh kongsi. Kalau kuarantin kat rumah guna satu pinggan satu cawan satu sudu sepanjang kuarantin..Cuci asing dari pinggan mangkuk orang lain..
❌Tak boleh share bilik dengan ahli kelurga yang lain. Kena tidur dalam bilik berasingan.
❌ Jarakkan sekurangnya 1-2 meter dengan ahli keluarga atau sesiapa sahaja apabila hendak berkomunikasi.
❌Guna tandas, pam sekurang 3x untuk kurangkan radiasi.


Kalau patient in ward pun sama je pantang larangnya.. Cuma beza dalam wad ni kena pakai baju hospital, diet served dalam bekas yang disposable.. Guna tandas pam 3x.. buang sampah yang digunakan dalam tong khas yang disediakan.. ada ruangan khas yang memisahkan jarak pesakit dan staff untuk berkomunikasi.. Boleh menerima pelawat tetapi pesakit tak boleh keluar dari bilik.. kiranya nak membawang kuat² tak boleh la.. kena maintain jarak 1-2 meter tu..

Selepas 48jam atau post day 3 minum RAI, Staff Fizik akan datang dan ukur bacaan radiasi dalam badan. Macam mana dieorang ukur? Aku tak pasti sebab tak berpeluang lagi nak jumpa Staff Fizik dan tanya macam²...
Selama ni aku banyak cover klinik je.. pastu buat admission setiap ISNIN di ward..

Ramai pesakit yang takut bila kena minum RAI ni disebabkan radiasi..even department lain pun ada yang tak paham.. takut sangat kalau dengar kita nak transfer patient ke department dieorang.. once Staff Fizik dah datang dan ukur radiasi dalam badan dan cakap all ok dan dah di tahap normal, means it's ok.. jangan campur aduk dengan perkara yang kita tak arif tentangnya..

Jangan bahas dengan mereka yang pakar dalam bidangnya.

Make it simple 😊😊

Correct me if I'm wrong. Still baru dalam dunia Nuclear ni 😊😊


Tambahan info...


Jika pesakit collapsed ketika menjalani rawatan Radioiodine (sangat jarang berlaku) nyawa pesakit tetap diutamakan walaupun pesakit berada dalam keadaan beradiasi tinggi dan agak berisiko pada staff.. 

Namun,...

Jururawat yang bertugas perlu mengikut SOP KESELAMATAN yang ditetapkan..

Pegawai Sains Fizik yang bertugas atau oncall wajib diberitahu...Dan pegawai sains fizik akan datang ke wad dan mengukur kadar radiasi dalam badan pesakit..

Jururawat dan PPK pula perlu masuk ke bilik kuarantin secara bergilir²...Tidak digalakkan masuk bersama sekaligus..Tujuannya untuk mengelak terkena sebaran radiasi yang tinggi..

Untuk pengetahuan, pada ketika ini waris telah pun dimaklumkan akan keadaan pesakit oleh doktor. Jika pesakit meninggal dunia, LO (Last Office) akan dilakukan seperti biasa, namun bezanya pesakit akan dimandikan dan disolatkan di wad..segala urusan pengendalian jenazah akan dilakukan di dalam wad dan dipantau oleh pegawai sains fizik yang bertugas atau oncall...untuk proses pengebumian, hanya seorang atau dua atau beberapa waris terdekat sahaja yang dibenarkan hadir.. Tujuannya untuk mengelak sinaran radiasi merebak kepada mereka yang sihat. Selalunya waris faham dan akur dan akan mengikut arahan dari pihak hospital demi keselamatan diri masing²..

****************

Maka, setakat ini saja la perkongsian aku mengenai RAI ni.
Semoga ianya memberi manfaat kepada mereka yang akan menjalani prosedur RAI.


Popular posts from this blog

Dah Lama Mati

Assalamualaikum. Here I come again... Try to calm and follow the flow. Aku ni dah terbiasa hidup sendiri walaupun ada suami.  Ini kan pulak bila dia dah meninggal lagi la aku rasa okay je hidup sendiri.  Rezeki tu Allah yang bagi. Setakat nak cari duit sendiri tu, Inshaa Allah boleh je. Masa dia hidup pun mana ada dia bagi duit kat aku. Kad bank gaji aku pun dia pegang, duit dia “bagi” tu duit aku la jugak. 😁😁😁😁😁 So hari ni nak cerita insiden yang berlaku masa tahlil arwah hari tu. It’s not a big deal actually. Benda ni pun agak kelakar la bagi aku..Tapi deep weii.. Sumpah deep..  Kalau korang kat tempat aku, apa yang korang buat ek?? Kisahnya macam ni tau, kan ramai yang datang ziarah. Ada yang aku kenal dan ada yang aku tak kenal. Then ada la yang hulur duit ziarah. Kebanyakannya hulur duit ziarah kat mak arwah suami aku la.  Sebab orang kampung lebih kenal mak dari aku. Aku okay je bab ni... Okay, ni part kelakar...

DYSLEXIA IS NOT AUTISM

Assalamualaikum dan hai semua.. So today aku nak share dengan korang macam mana aku treat anak aku. 1st korang kena tahu DISLEKSIA NI BUKAN AUTISM . Disleksia dan Autism ni 2 masalah yang berbeza.. Two different type of disorders. Kena faham yang ni dulu. Disleksia ni LEARNING DISORDER . Autism ni pulak DEVELOPMENTAL DISORDER (melibatkan fungsi otak).. Ehhh jap.. Habis tu Disleksia takde kaitan dengan fungsi otak ke? Ada...Mesti la ada cuma Autism ni ada gangguan fungsi neuron otak seumur hidup, while Dyslexia boleh diatasi masalahnya tu dengan  terapi bersesuaian. At first, aku detect anak aku speech delay pada umur dia 2 tahun. Masa tu tahun 2017. Masa tu aku kerja kat Kuantan. During checkup every month tu aku ada bagitahu nurse kat kk ( klinik kesihatan ) yang anak aku lambat bercakap. Hanya 2-3 patah perkataan sahaja. Dan nurse tu cakap maybe itu normal sebab anak aku takder kawan 😑😑😑😑.  Anak sulong kebanyakannya memang macam ni. Tapi bila masuk taska ke day ...

TRAGEDI DISEMBER . . . .

Assalamualaikum.. Dah masuk Februari, baru nak update blog... Sebulan sekali ke apa blog aku ni hidup.. Seperti yang aku janjikan pada entry aku yang lepas , aku janji yang aku nak cerita kenapa anak aku Raihan Batrisya kena ambik swab test Covid-19.  Kisahnya macam ni tau.. Pada Ahad, 19/12/20 aku ajak suami ke Meru untuk ziarah mentua aku sebab 24/12/20 aku, suami dan anak-anak aku ni nak balik kampung dengan ✈. Jadi aku ajak suami pergi ziarah mak sebab aku nak balik Kelantan. Masa ni dah boleh merentas negeri  tanpa syarat. Sebab tu aku ambik peluang nak balik tengok mak ayah aku. Dah lama tak jumpa Umi Baba aku. Jadi pada tarikh tu kiteorang pergi la jumpa mak.. Kiteorang memang sejak dari awal kahwin kalau nak travel mana-mana kiteorang akan jumpa mak.. Bagitau dia.. Sebab mak dah berusia, kita sendiri yang masih muda orang kata..  Tak tau bila masa kita anak sampai... Masa ni aku minta SyurgaCinta aku ambik gambar kenangan aku dengan mak, cucu-cucu.. Lama kiteorang...