Skip to main content

Posts

Showing posts from 2020

Nasi Ayam Paling Simple

Hai korang.. Kali ni aku nak share cara aku masak Nasi Ayam paling simple di abad ini. Kot la korang ada resepi paling simple lagi, boleh la share jugak nanti.  Simple-nya resepi aku ni sebab aku perap ayam pun pakai kicap JALEN dengan kicap Cap Kipas Udang je. Aku punya resepi ni agak derhaka dari resepi asal yang aku Google merata. Aku bukan follow dan ambik satu resepi je. Banyak respi aku baca, dan akhirnya aku guna pakai semua ikut suka hati aku 😅😅😅😅..   Setakat ni hasilnya tak pernah mengecewakan. 

Maaf . . . . .

Berapa ramai yang berani meminta maaf bila buat silap? Berapa ramai yang sanggup rendahkan ego diri sendiri untuk memafkan segala khilaf? Berapa ramai yang boleh down to earth untuk meminta maaf?? Even myself ni haa susah nak maafkan diri sendiri diatas kesilapan lalu 😞.

Tips Nak Cepat Kurus ( Cara Aku )

Fuuhh.. Lama gila aku tak ber-blog nih... Sibuk dengan kerja hakiki. Balik rumah sambung pulak part time jaga anak, layan suami, masak, kemas rumah bagai.. 😂😂😂 Sibuk la sangat kan... Jadi, dikesempatan ini aku nak share dengan korang tips untuk cepat kurus !! Aku percaya, ramai perempuan mahupun lelaki kat luar sana nak cepat kurus tanpa makan sebarang produk kan.. Mengaku  je la. Tak payah nak tipu diri sendiri. Jadi, tanpa membuang masa, teruskanla pembacaan korang ni ya.. Make sure korang baca sampai habis tau. 

MATI ITU PASTI

Assalamualaikum dan selamat petang semua. Lama aku tak menulis.. Kering idea.. 😅 Ingat senang ke nak menaip menulis ni. Bila bukak blog je termenung tak tau nak tulis apa..

Rawatan Radioiodine

Hari ni aku nak share pasal Rawatan Radioiodine kat tempat aku kerja. Aku pernah share tentang ni kat Facebook personal aku long time ago. Tapi kali ni nak share kat blog akubyang sendu ni pulak.  So, masa mula-mula aku jejak kaki kat Jabatan Perubatan Nuklear tu macam-macam benda bermain di fikiran.. Apsal Nuklear? Jadi nurse pun kena kerja berkait ngan NASA ke? 😅😅😅😅 Sehinggalah sampai masanya alu masuk kerja, baru aku faham... Dari tahun 2012 aku start kerja baru kali ni aku tahu kewujudan Jabatan Perubatan Nuklear dalam HKL ni... 🤦🏼‍♀️🤦🏼‍♀️🤦🏼‍♀️🤦🏼‍♀️ Maka, ramai la  yang tanya aku, Nuclear tu tempat apa? Kerja macam mana?  Jadi, aku pendekkan cerita ye... Well, aku kerja kat Jabatan Perubatan Nuklear HKL.. SECARA RINGKASNYA :: Tempat untuk pesakit Thyroid yang memerlukan rawatan Radioactive Iodine (Radioiodine) Therapy for Thyroid Cancer.. Thyroid ada dua :: 🔼 Hypothyroidism 🔼 Hyperthyroidism Amende tu??? Alaaaa...cari gali sendiri la.. 😅 Radioactive Io...

PKP Bakal Berakhir?

Hari ni dah masuk hari ke-106 kita berada dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)..  Sekarang kita dalam fasa pemulihan. Walaupun dah banyak kelonggaran diberikan namun kita masih lagi kena follow SOP yang ada. Jaga jarak, gunakan hand sanitizers, cuci tangan dengan sabun. Sekarang ni pun, kalau pergi mall aku tengok ramai yang pakai mask. Tapi pakai mask kat dagu, kat tengkuk 🙄🙄.. Bawak budak-budak pulak mask tu pakai masa kat pintu masuk je.. Lepas kena “tembak” dengan thermometers tu terus bukak mask budak-budak tu, simpan.. Tak pun bawak kat tangan hayun kiri kanan..

Best Ke Bantal Ni??

Assalamualaikum, Hi korang.... Tq tau sudi singgah habiskan koata baca blog aku yang sendu ni 😁😁 Hari ni aku nak share pasal satu bantal ni. Dah setahun lebih dah ni kot rasanya aku guna bantal ni. Lama kan??? Dah lama guna baru nak share 😅😅😅

Hari Bapak . . . . . . . . Untuk Suami Tercinta 💓

. . . . . .Father's Day . . . . . . 21/6/20 hari tu ramai yang celebrate Happy Father's Day. Kita orang Islam ni boleh ke sambut?? Ramai yang tertanya-tanyakan pasal benda ni kan..?.. Termasuklah aku sendiri... So, gigih la aku godek-godek cari gali apa hukum sambut hari bapak or hari mak ni. Akhirnya pencarian aku berakhir di laman Mufti Wilayah Persekutuan  .. Maka apa yang aku dapat adalah :: 👇👇👇

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan ( PKPP )

Assalamualaikum.. Lamanya aku tak menulis ni. Sibuk sangat sampai terlupa nak update blog. Baru nak menaip dah ada hal lain yang mengganggu. Sampai berhabuk dalam draft 😅😅.. Sedar tak sedar kita dah masuk fasa PKPP dah. Dah masuk fasa pemulihan. Alhamdulillah.. Dalam duk ada yang degil langgar arahan PKP sebelum ni, tapi kita berjaya jugak untuk sampai ke tahap ni.   Tahniah diucapkan. Ramai rupanya yang amalkan KITA JAGA KITA ya 👍👍.. Untuk PKPP kali ni kita semua boleh merentas negeri tanpa syarat TAPI SOP tetap kena ikut. Penjarakan sosial atau social distancing tetap kita kena jaga. Kita kena mulakan semuanya dalam keadaan new normal life style..  Keluar ke tempat awam kena pakai mask. Gunakan hand sanitizers. Kerapkan cuci tangan dengan sabun.  Terima kasih tak terhingga diucapkan kepada semua pasukan barisan hadapan negara. Buat PDRM & ATM, RELA, dan pasukan-pasukan beruniform yang lain korang semua adalah hero. Bertugas tak ki...

Happy BornDay Sayang ❤️❤️❤️

Assalamualaikum...  Lama Mommy tak membebel kat dalam ni. Rasanya tak terlewat lagi untuk Mommy ucapkan Happy BornDay untuk putri kesayangan Mommy ni.  Lagipun masih di bulan Mei lagi kan.. Pada Mei 2018 lahirlah kamu ke dunia yang penuh tipu daya ni.. Happy BornDay Yayan...Genap 2 tahun umur awak tahun ni...  Semoga membesar dengan sihat dengan penuh kecerdasan dan kebijaksanaan.  Terima kasih kerana kuat bertahan didalam rahim Mommy meskipun waktu tu macam-macam dugaan yang datang.. Early contraction, bleeding.. Dan akhirnya Yayan keluar jugak ke dunia ni pada usia kandungan genap 36minggu.  Yayan ni late preterm baby tau..Masa keluar tu Yayan senyap je tak nangis. Tachypnic pulak tu. kena duk dalam NICU semalaman..On oxygen.. Nasib baik takder apa-apa yang teruk berlaku. Tahun ni kita celebrate BornDay awak ni dalam musim pkp 😅😅😅, bulan puasa pulak tu.. Jenuh la nak menunggu waktu berbuka.. Pulut kuning tu Mommy order dengan workmates Mommy...

Nurses Day PKP

12 May adalah Hari Kejururawatan sepuluh dunia. Dan dalam sejarah Nurses Day tahun 2020 disambut dalam keadaan PKP dengan mengekalkan social distancing.. Tapi ada yang sambut ke?    Wad tempat aku kerja takder sambut apa-apa pun. Just bagi ucapan je dalam whatsapp,... Salam tangan ke apa takder... Tempat lain aku tak tau la.. Di kesempatan ini aku nak mengucapkan Selamat Hari Jururawat kepada semua jururawat di Malaysia dan seluruh dunia. Tahun ni jururawat dan petugas kesihatan yang lain dikerahkan sepenuh tenaga menjadi barisan hadapan negara melawan covid19.. Iannya bukan suatu perkara yang mudah.  Ada jururawat yang ditugaskan khas jaga pesakit positif covid19. Ada juga jururawat yang lain yang tidak langsung ditugaskan untuk menjaga pesakit covid19 kerana mereka lebih diperlukan untuk bertugas di bahagian lain.. Kalau semua jrururawat kena jaga pesakit covid19 pesakit-pesakit yang lain macam mana? Kita berlainan jabatan dan kemahiran tapi ...

Hari Ibu . . Mak . . Mommy . . Ummi . . Mek . . Mama . . Ma . . . . . .🌹🌹🎉🎉

Hari ni Hari Mak ke ?? Aku tengok kat Facebook ramai wish Happy Mother's Day. Aku yang dah jadi mak ni pun tak ingat hari ni hari mak 😅😅😅 ... Well, Selamat Hari Mak la kat diri sendiri 😁😁😁.. Selamat Hari Mak jugak aku ucapkan untuk Ummi aku dan Mak (mentua aku)..

PKP Sambung Lagi (DAY -38)

24/4/2020 Hari ni dah masuk hari ke-38 PKP... PKP kita bermula sejak 18/3/20 lagi.. Kenapa PKP ini terus bersambung dan bersambung lagi??? Korang pikir la sendiri. PKP kita untuk Fasa ke-3 ini diteruskan lagi sehingga ke Fasa ke-4 ... Bermula dari tarikh 29/4/2020 sehingga 12/5/20. 😞😞😞😞😞😞    

Thyrogen

Kali ni aku nak share pasal Thyrogen. Memandangkan di awal tahun 2020 ni ramai pulak pesakit aku on IM Thyrogen ni sebelum minum RAI Ablation... Ada a few pesakit aku yang admitted tanya kenapa dieorang kena ambik IM Thyrogen ni.. Boleh tak kalau tak nak cucuk... Saya takut jarum katanya... Well... Actually boleh ke tak boleh tu doktor yang tentukan ( according to the blood results jugak..) Aku sebagai seorang misi dan juga Jururawat yang terlatih hanya membantu dalam perawatan sahaja di samping memberikan emotional support kepada patient.. Okay, back to the story... 

HARI TERAKHIR...

14/4/2020 Hari ni adalah hari terakhir Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 2....  Tapi, sadisnya PKP disambung 2 minggu lagi.. Bermula esok 15/4/2020 sehingga 28/4/2020... Tak terkejut pun PKP ni dilanjutkan lagi. Dah agak dah. Jumlah pesalah yang degil pun makin meningkat. Setakat RM1000 je kompaun, rakyat Malaysia yang degil tu mampu bayar la. Dieorang mana kisah kena masuk lokap pakej ada rekod sebagai pesalah tu nanti.. Kalau dieorang kisah takder la nak degil bebal langgar arahan PKP... Apa la nak jadi.. 😣😣😣    

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DAY 14- DAY 16

 31/03/2020 - 01/04/2020 PKP diteruskan lagi sehingga 14hb nanti.. Itu pun kalau tak sambung lagi.. Walaupun aku boleh keluar bekerja macam biasa tapi aku tetap rasa stress.. Stress tengok kat luar masih ada yang degil...  Hari ni baru 31hb tapi kereta macam makin banyak je kat jalan raya.. Confused aku, PKP ni still ada ke tak.. 🤔🤔

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DAY 10 - DAY 13

27/03/2020-30/03/2020 😭😭😭😭😭 Ini yang korang nak sangat kan??? PKP dah dilanjutkan sehingga 14 APRIL 2020 ,... Ini bukti jelas nahawa wabak covid-19 ni masih belum berjaya dibendung sepenuhnya.. Sebab apa?? Sebab tak ada kerjasama dari rakyat.. Hanya segelintir yang patuh arahan.. Selebihnya buat kepala sendiri.. Degil !! Tak patuh arahan !!!....

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DAY 3 - DAY 9

20/03/2020-26/03/2020 Sedar tak sedar dah 9 hari kita dalam Perintah Kawalan Pergerakan. Dah 9 hari jugak Perintah Kawalan Pergerakan ni bergerak.. Tapi peningkatan kes tetap berlaku.. Kenapa tetap ada kes yang meningkat walaupun kerajaan dah arahkan perintah ni? Adakah disebabkan kedegilan rakyat Malaysia ni sendiri? Aku malas nak cakap banyak. Memang ini yang korang nak kan??? Dari 17/03/2020 sehingga sekarang 26/03/2020 kita dah ada 21 kematian berkait dengan  COVID-19... Korang sedar tak yang keadaan ni semakin teruk? Memang ada ramai yang dah sihat dan dibenarkan pulang setelah negative COVID-19, tapi peningkatan kes pun tetap berlaku...Kematian tetap ada. Aku letak kat bawah ni beberapa info tentang situasi COVID-19 sejak dari awal arahan PKP ni keluar.. 👉 Korang nak ada berapa kematian baru nak insaf ni?? 👈 PLEASE,,.. STAY AT HOME...

GANTI BAJU !!!

20/03/2020 Hari ni suami keluar hantar anak-anak balik Chini. Pulang ke pangkuan Mama dieorang. PDRM dah keluarkan amaran. Kesalahan kali pertama kena tangkap dan penjara 6 bulan serta denda.. polis dah beri amaran keluar jika perlu. Aku call balai malam tadi nak confirm dengan pegawai boleh tak nak keluar daerah nak hantar anak-anak ... Dieorang tinggal kat Chini. Pegawai tu cakap  ''PATUHI ARAHAN PUAN..SEMUA ORANG GUNA ALASAN NI..'' Aku cakap lagi ni anak-anak suami dengan bekas isteri,.. Bekas isteri mintak kiteorang hantar anak-anak balik kat dia.. Lepas tu pegawai tu tanya balik, " bekas isteri buat report polis ke puan & suami ambik anak-anak..??" Aku cakap, " ehh.. tak laa.. takder buat apa-apa report pun.." Pegawai tu jawab lagi.." Kalau mcam tu patuh arahan melainkan kalau pihak sana buat report keatas puan.." 😔😔😔😔 Macam tu pulak dah... Dah takkan la aku nak suruh bekas isteri suami aku t...

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DAY 2

19/03/2020 Pagi ni balik kerja malam jalan raya lenggang. Kalau tak masa ni kat Bulatan Pahang tu sibuk tau.. Bawak kereta pun macam siput sedut.. Tapi sejak keluar arahan PKP ni jalan raya lenggang. Macam bandar zombie..😅😅😅 Hari ni baru aku ada banyak masa nak hadap HP baca berita tentang perkembangan covid-19 ni. Aku log in Facebook banyak posting pasal makan dan menu-menu masakan. Dieorang ni buat pertandingan memasak ke apa.. Kepelbagaian menu melintas kat wall Facebook aku. Tapi okay la, sekurangnya dierang duk rumah asah bakat memasak.. Aku yang kena kerja macam biasa ni takder beza pun masak ke tak... 😅😅😅 Bila sampai part baca pasal covid-19, hati aku rasa sedih..Sayu.. Sebak.. Kita dah ada 2 kematian sejak 17/03/2020.. Untuk pengetahuan, kematian pertama melibatkan pesakit kes yang ke-178, seorang lelaki warganegara berumur 34 tahun dan mempunyai sejarah menghadiri perhimpunan tabligh di Sri Petaling. Arwah mengalami gejala pada 05/03/2020 dan telah...

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DAY 1

18/03/2020 Hari ni kerja malam.. Anak-anak pun belum bangun lagi. Aku masih lagi duk pikir macam mana la nak hantar anak-anak ni balik Chini. Mama dieorang dah risau.   Dieorang ni aku dan suami pergi ambik kat Chini. Sebelum keluar arahan ni lagi. Sepanjang cuti sekolah dieorang kat KL dengan kiteorang. Lagipun bukan senang suami aku nak jumpa anak-anak dia. Dah ada waktu terluang cuti sekolah terus decide pergi ambik datang bercuti kat KL.. Bila dah jadi macam ni serba salah pulak aku. Aku faham je situasi Mama dieorang sekarang. Dalam keadaan macam ni mestilah dia nak tengok anak-anak depan mata.. Apa-apa jadi anak-anak ada depan mata. Hati mak ni kan rapuh. Aku bincang dengan suami. Polis dah keluarkan arahan.. Suami aki decide untuk hantar sorang anak-anak dia balik Chini. Aku pesan kat anak-anak jangan keluar dari kereta kalau Papa stop nak tidur ke apa. Jangan sentuh apa-apa kalau terpaksa keluar pergi tandas kat R&R atau stesen minyak. Cuci...

Kena Kurung

Baru hari pertama Perintah Kawalan Pegerakan (PKP).. Tak ada apa yang best berlaku hari ni. Masing-masing berkurung dalam rumah... Selalu siang hari macam ni bunyi jugak la suara budak-budak duk main. Ini sunyi sepi kawasan flat blok aku tinggal ni. Seram pulak rasa... Aku je la yang tak boleh berkurung ni.. Aku je la yang tak boleh follow arahan kawalan pergerakan ni.. Kena kerja macam biasa.. Kerja malam pulak tu aku hari ni pada hari pertama Perintah Pergerakan Kawalan. Bukak Facebook penuh orang post pasal menu masakan.. Baru hari pertama ni.. Ada balance 13 hari lagi.. Jenuh la nak masak kepelbagaian  menu...😅😅😅 Malam tadi aku ajak suami pergi NSK Selayang... NSK tu 24 jam.. Kat Facebook dah kecoh dah pasal panic buy ni sebab PKP.. Pakat duk beli barang keperluan sampai penuh trolley macam la Malaysia ni dah LOCKDOWN.. Nampak sangat rakyat tak faham PKP tu macam mana.. Malam tadi jugak penuh balai polis hampir seluruh negeri sebab semua...

ARAHAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (COVID-19)

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN  18/03/2020-31/03/2020 Ramai yang takut dan panik selepas mendengar Perdana Menteri kita, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengisytiharkan Malaysia akan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa 18 hingga 31 Mac. Perintah ni melibatkan seluruh negeri di Malaysia. Tujuannya adalah nak membendung dan mengekang dari wabak COVID-19 terus menular. Rakyat perlu sedia maklum dan faham bahawa perintah ini adalah Perintah Kawalan Pergerakan sahaja. Bukannya LOCKDOWN.   So, jangan la panic.. Patuhi arahan mcam biasa.. Untuk kebaikan kita bersama jugak. Jangan disebabkan kedegilan kita, wabak ni makin melarat.. Perlu faham kenapa kerajaan terpaksa keluarkan arahan PKP ni. Ianya tak de kaitan langsung dengan politik. Jangan la otak sempit sangat. Semua benda nak dipolitikkan.  Wabak covid-19 perlu dibendung dan ditangani dengan segera. Kerajaan tidak dapat membantu kita sepenuhnya dalam menangani wabak ni selain diri kit...

Nasi Kerabu Abam

Assalamualaikum.. Hi semua .. Kali ni aku nak share resepi Nasi Kerabu pulak. Sebenarnya ini resepi dari kawan aku, Mahirah... Aku panggil dia Abam sebab dia ala-ala abam sado gitu... Walaupun dia nampak tomboy tapi bab masak ni kalah aku yang mak anak ramai ni... Nasi Kerabu ni nasi kerabu yang ada sambal tumis tau... Untuk Sambal Tumis  1)  Bawang Holand selabu ( blend hancur) 2)  Bawang Merah 5-6 ulas ( blend hancur 3)  Serai 1-2 batang  4)  Santan  5)  Asam Keping  6)  Cili Giling /  Cili Kering yang dah direbus dan blend hancur   Untuk Sambal tumis ni bahan 1,2 blend hancur.. Tumis sampai garing... Lepas tu masukkan cili giling ( kalau tak nak guna cili giling boleh guna cili kering)... Kepedasan ikut citarasa masing-masing... Tumis bawang dengan cili sampai pecah minyak...Lepas tu masukkan santan... Tunggu sampai pecah minyak lagi... Then , masukkan batang serai yang dah diketuk, a...

Resepi Kari Ayam Ikut Cara Aku

Assalamualaikum.. Selamat petang semua. Hari ni aku nak share resepi kari ayam simple je. Resepi ni main campak-campak je ikut suka hati aku.. So, kalau ada yang rasa macam resepi ni tak betul je, jangan follow. Ini aku punya style 😁😁😁 Sebenarnya resepi ni resepi dari Ummi aku.. Tapi bila aku dah start pegang senduk aku dah tak boleh follow the rules.. Aku masak je ikut cara aku.. Ada yang sama macam aku tak?? 😎😎😎😎😎😎😎😎😎 Okay, resepinya macam ni ::   

Interview Sempoi

Sebut je interview mesti ramai yang gelabah.. Gelabah sebab tak tau apa soalan yang bakal ditanya.. Gelabah takut gagap nak jawab soalan bila ditanya.. Betul tak? Macam aku dulu, masa dapat surat temuduga Jururawat, aku tak rasa apa pun. Biasa je.. Ummi Baba aku je yang nak sangat aku hadir interview tu. Masa tu aku tengah buat part time jadi cikgu kat pusat Qiraati.. Baru habis SPM kan.. So, nak cari duit poket sendiri la. Macam mana aku boleh dapat surat temuduga Jururawat tu?